Make your own Alif Ba Ta Flashcard Tutorial (with Free Printable)

Hi and assalamualaikum,

Dah lama actually nak post pasal tutorial on making your own Alif Ba Ta flashcard ni. Before this ada dah aku buat post pasal macam mana nak buat flash card Alif ba ta sendiri ni kat post: [How to] Make your own Alif-Ba-Ta Mini Flash Card but this time macam ala-ala upgrade la version 2 gitu. hehehe. The one before pon ok je lagi kalau nak ikut and the template pon still available for download. But as mentioned in the title yang sebelum ni ‘mini size’ je. For this one I made it bigger.

See how En. Azri kita ngan Alif Ba Ta flash card ni in action..hehehe..

alifbata-flashcard-tutorial

So let us start our tutorial to make this Alif-Ba-Ta flash card. First thing first is to gather all the materials, letak depan mata supaya nanti tak stress cari barang tak jumpe..hahaha.. The basic materials and tools that you need are:

  • The printed pages of Alif-Ba-Ta rainbow flash card. ( You can refer to this post for download instruction, or if you want the Alif-ba-ta yang berbaris atas, I’ll give you the download link at the end of this tutorial. 🙂 . Aku print atas manila card A4 size je. Murah sikit beli kat Czip Lee, Kajang hari tu.. tapi kalau nak pakai Art Card tebal pon ok gak. Asalkan tebal ok kot. Art Card yang gsm dia 200 above gituu.. )
  • Adhesive book wrapper. (Mende alah ni macam sticker transparent yang besoo..ade jenis bertexture bagai but I prefer the clear type)
  • Gunting
  • Credit card ke or membership card ke pe. ( Aku pakai kad membership Toys R Us :p)
  • Optional: Rounded corner cutter, cutting mat, pembaris besi and round cutter cap ayam.

make your own alif ba ta flash card tutorial

Step 2: Lepas semua barang dah ade. Boleh la gunting flash cards kita.

Step 3: Peel one side of the sticker and susun our flash cards cantik-cantik atas tu.

Step 4: Then peel lagi satu side and carefully lekatkan kat atas flash cards tu so that the 2 sides of the sticker melekat kat depan belakang cards tu. Use the credit/membership card to smooth the surface and remove air bubbles. Dah siap tu your flash cards will look like in the picture on step 5.free printable alif ba ta flash card

Step 6: Use whatever tools you like to cut the plastic wrapper. Memula aku macam nak pakai pisau tu tapi macam pakai gunting lagi senang. hahaha..

Step 7: It is safer for babies and kid to make sure that there are no sharp corners on the card. So you can do it manually with scissor je, belasah la asalkan tak tajam or you can use rounded corner cutter macam dalam gambar tu. My new favorite tool..baru je beli hari tu..dah lama mengidam..hahaha.. :p So hasilnya jadilah macam kat step 8 tu..

Then ulang lah semua steps tu sampai la habis semua flash card kita…lepas tu SIAP! dan dah boleh bagi kat anak2 kita supaya diorang boleh gigit2 sepah2 then kita pon kena kemas setiap 12 minit..yeay! 😀 hahaha..

Owh..ye kan..sebelum aku lupa..the FREE printable, untuk flash card huruf hijaiyah berbaris atas tu kan. Boleh download kat link bawah ni.

DOWNLOAD LINK HERE: https://app.box.com/s/grnyldhnd5ff9msb5pjkcykfom8guo1l

Special Note: Template untuk alif ba ta berbaris atas ni aku buat dia supaya kalau korang print depan belakang ngan template Alif Ba Ta rainbow tu dia akan match. Meaning Alif Rainbow and Alif baris atas akan duduk depan belakang. So kalau nak print satu set for each template boleh or nak buat depan belakang sekali pon bule..But careful time print tu..aku pon tatau la printer aku weng ke pe tapi top margin macam lari sket..ade a few pages je yang elok..hahaha..tapinya mak tak rajin nak print balik..kertas limited and ink cartridge pon mahal.. (T _ T) huuuu..contoh yangn tak menjadi macam dalam gambar bawah ni..

alifbata-flashcard-tutorial-04

Ok lah..harap korang buat lagi cun dari hasil yang aku buat ni..hahaha…Kalau korang dah buat nanti share la jugak ye ngan aku. Nak gak tengok..hehehhe..and kalau korang rasa post ni berguna, please spread the word and share this post too kay.. Mana la tau kot ade lagi sesape nak buat gak Alif Ba Ta flash card ni untuk anak-anak diorang..hehehe..

p.s: My Free printable is strictly for PERSONAL USE only ye.. Jangan buat meniaga pulak..hahaha..

[How to] Make your own Alif-Ba-Ta Mini Flash Card

Hi Kawan2! Hari ini saya mahu berkongsi dengan anda cara-cara2 untuk membuat Alif-Ba-Ta Mini Flash Card untuk anak-anak anda, atau anak saudara anda atau sesiapa saja yang anda nak bagi…hohoho..

Letih la nak tulis ayat BM skema ni..huuu…so as aku dah cakap kat atas tu..hari tu aku terjumpe satu benda ni kat DAISO 1Borneo…best wooo gi DAISO…semalam pon dah laburkan RM20 kat DAISO..tu pon dah limit myself..kalau tak ade jek lagi benda nak rembat..hahaha..alamak…terkeluar topic plak…so..aku jumpe this one thing kat DAISO yang buat aku cam terpikir nak buat Mini Flash Card untuk Alif…sebab Alif belum pandai Alif-Ba-Ta so aku pon decide nak wat Flash Card Alif-Ba-Ta ni laaa…

Kalau nak tau ni la benda nya:

alif-ba-ta-mini-flashcard-diy

sorry la gambar2 dalam post ni blur..huu..pakai kamera henpon yang malam2 or indoor sangat lah ampes resultnya…huu..benda alah ni cam instant laminate la..tak yah pakai machine tu..tapi dier cam nipis kot..and yang aku jumpe ni size dier B6 kalau tak silap aku..A4 takde plak..sebab tu la jadik Mini Flash Card…hehehe..

Pas dah siap rupa Alif Ba Ta Mini Flash Card tu gini laaa….

alif-ba-ta-flashcard-diy

So kalau korang minat nak buat gak..cam gini la ek cara-caranya…

Antara bahan2 and tools yang korang perlukan..

  • Template Alif-Ba-Ta Mini Flash Card (nanti aku bagitau nak download katne)
  • Card Ring yang besar..aku pakai yang diameter dier approx. 6cm (Aku beli kat DAISO)
  • Eyelets and puncher and setter dier.. (takde gambo plak..)
  • Pembaris besi panjang (Aku beli kat DAISO)
  • Cutting Mat (Aku beli kat DAISO)
  • Rotary Cutter (yang biru tu..ni pon beli kat DAISO)
  • Instant Laminate size B5 ke B6 ntah..lupe plak aku.. (pon beli kat DAISO)

Kalau korang takde tools yang aku senaraikan tu bule la improvise ye..pakai gunting pon ok.. 😀

alif-ba-ta-flashcard-diy-bahan

1. Firstly korang download dlu template Flash Card Alif-Ba-Ta ni…kalau nak senang laa..hehe..nak wat sendiri pon bule..mende ni aku wat sendri pakai Illustrator..then print cam biasa atas kertas A4.

alif-ba-ta-flashcard-diy-potong

2. Potong kertas tu mengikut crop mark yang aku dah tanda tu..

alif-ba-ta-flashcard-diy-laminate

3. Bila dah habis potong semua tu..boleh la dilaminatekan..in my case aku just pakai instant laminate film yang aku beli kat DAISO tu jek…dalam 1 pack tu ada 8 helai..so muat 4 huruf kat sehelai laminate film tu..

alif-ba-ta-flashcard-diy-potong-laminate

4. Pastu potong pulak flash card yang dah siap laminate tu..dalam 0.5 inch dari kertas kat dalam tu..refer gambo tu..aku pon tak reti nak explain camne..hohoho..

alif-ba-ta-flashcard-diy-rounded-corner

5. Kalau laminate ni korang pon tau yang hujung penjuru tu akan jadi tajam kan…so not safe untuk dak2 kecik ni…so kita kena la kasi potong sket corner tu jadikan dier rounded corner…aku pakai gunting jek..and agak sesuka hati… 😀

alif-ba-ta-flashcard-diy-eyelet

6. Final step, tebuk lubang kat upper right corner of the flash card and letakkan eyelet..then bile dah siap tu bule la masukkan diorang beramai2 ni dalam card ring tu…siap! (jadik la cam gambar yang 2nd tu..)

actually step ni cam optional jek kot…aku buat ni untuk senang nak bawak ke mana2 jek..bule gantung2 gitu.. 😀 kalau takde eyelet ni pon bule, just kena ada kotak or pouch ke ape ke yang bule guna untuk simpan mini flash card ni..

kalau nak buat kotak kecik pakai card stock pon bule gak.. 😀 ikot kreativiti korang laa…

Aku buat mende ni sambil2 tengok streaming TVshow aku..as always…dalam satu malam tu bule la siapkan..tapi sakit gak tangan dok punch and set kan eyelets tu..banyak wooo..30 keping kot..hehehe..

Tapi buat masa skang ni Alif still belum khatam lagi Alif-Ba-Ta…and kalau aku bagi dier main flash card ni mmg kang jadik kerja aku la mengemas balik..seperti biasa…hahaha..sampai skang dier tak nak sebut ‘Alif’ sebab dier malu kot nak sebut nama sendri..haahha..

 

p.s: dah macam promo barang2 DAISO pon ade…tapi ape2 pon DAISO mmg best!! :p