Tag Archives: love

Hari terakhir untuk ‘Love is you and me’ Contest

Akhirnyaaaa…dah tiba hari last sebelum penyertaan ‘Love is you and me‘ Contest ni..tak sabar aku dok tunggu ketibaan hari ni..hehee..dah lepas pening pergi tengok penyertaan..pasni plak pening dok nak pilih gambar..hehe..

malam ni pada pukul 11.59pm secara rasminya penyertaan akan di tutup..sape yang hantar selepas tu tak akan diterima (amboi strict sungguh puan penganjur..hehe.. :p)

So pada sape yang nak join tapi belum join tu cepat2 la ye..jangan menyesal dikemudian hari.. :p

habibah and anas

Love is Beba and Anas..hehe.. :p

 

 

Peserta Love is You and Me Contest; 01.04-05.04

Ni peserta2 yang dah hantar entry dari 01.04 – 05.04…

peserta love is you and me contest - week 1

Thanks for joining contest ku… 😀

Sebelum ni aku ade buat annoucement pasal one entry yang termasuk dalam spam comment aku..this is the exact phrase aku copy and paste balik kat sini (ada ubah sket2…)

Perhatian!!

Aku rasa aku ada terdelete satu comment penyertaan untuk Love is you and me contest. uwaaaa…sorry sangat siapa tu ek..aku tak sempat tengok pon..sebab comment dier end up kat spam aku..aku dah cakap dah not spam kat en.wordpress..tapi bile aku clear kan all spam si en.wordpress yang bijak ni delete pulak dengan comment yg aku cakap not spam tu…ape laaaa…to the contestant tu..maaf ye sesangat..harap2 bule bagi balik your link to me kay…sorry…..

Actually mmg tak sempat tengok pon link atau nama blog peserta ni..sebab aku memang nak tengok after dah clean up spam comments ni..huu..to the peserta..i’m so sorry..kalau awak bace ni..please leave a comment at the contest entry kay..and cakap that you’re the one yang saya terdelete entry tu..

Mintak ampun dan maaf ye..first time anjurkan contest jadi plak camni..huu..

Aku nak buat contest!!

contest

It’s decided…aku nak buat gak contest…before this asik dok join contest jek, kali ni nak try buat contest pulak. Aku dah tau dah nak buat contest ape.. 😀 yeay..

Dah draft dah dalam notepad ape syaratnya etc2..tapi bukan sekarang ni contest nya..the contest will start on 1st April nanti…bersempena dengan Anniversary kitorang yang ke-2 (04.04) and Birthday En. Anas kesayangan ku (16.04). So I’m sure all of you boleh teka la kan theme contest ni… 😀

Mesti la ada kaitan dengan love, cinta, amour, sarang,  ai…etc..etc.. 😀

The hadiah..of course..will be sponsored by Sabah Accessories.

I’m Yours

Yes..I’m yours dak p..hehehe..luv ya..adakah aku nak bercerita pasal chentaku pada dak p (pada sape yg tak tau ‘dak p’ tu ialah en husband ku yg terchenta…kenapa dak p? ade la….rahsia..hahaha.. :p ) kalau tu la yang korang agak..mmg sangat salah…hehehehe….

yang sebenarnye…aku masuk contest lagi!!…hohoho.. :p tengah menggila skang nih..contest2 ni tetibe cam cendawan2 renek yang tumbuh merata2 dengan banyak nye.. (or aku baru jek realized sume ni..hehe)

Jangan boring ye kawan2 dengan entry2 contest aku yang berturut2 ni..nanti aku post cerita hot kat korang ek..tungguu… 😀

Yooosshh…kali ni bukan contest baby or mak baby..tapi contest romantika d amour – I’m Yours… 😀  yang dianjurkan oleh Lya sempena Ulang Tahun Perkahwinan Lya yang ke-3 and Birthday Suami Lya yang ke-25. Congrats for your wedding anniversary and Happy Birthday to Suami Lya..Semoga korang berdua panjang umur dan berbahgia la hendaknya ek. 😀

Contest ni di bahagi kepada 3 categories:

a) Pic anda+suami (gmbar y paling romantik bg anda/pic kawin pun ok),
b) pic di hari p’kahwinan anda(pic y unik/sempoi/up 2 u)
c)Pic suami anda (Pic b’sahaja, melucukan.dll)

So..kena pilih ke nak masuk category mane? ….tak payah..masuk jek semua..puan punya contest pon cakap bole masuk semua..ape lagi..so…meh kita tengok gambar2 for every categories…

Bagi Kategori A: Pic anda+suami, calonnya  ialah….

Muka2 bahagia orang baru kahwin.. :p

Muka2 bahagia orang baru kahwin.. :p

Ada macam romantik tak? Berdua-duaan, kat tepi pantai, angin sepoi2 bahasa, senyum2, gelak2 sama-sama..haa..romantik la tu.. 😀

Kategori seterusnya, Pic di hari perkahwinan anda, calon2nya ialah……

Outdoor session kitorang kat kawasan lalang depan rumah..

Outdoor session kitorang kat kawasan lalang depan rumah..

Bersenda-gurau kat atas pelamin..

Bersenda-gurau kat atas pelamin..

boleh ke letak 2 gambar ni? hehehe..tapi puan punya contest takde bagi restriction suruh letak satu gambar jek..so boleh la kan puan punya contest?? hehehe.. 😀

Gambar yang konon-konon so sweet ber’hug-hug’ tengah lalang tu kitorang shoot just after majlis kenduri dah selesai..memula plan nak buat kat putrajaya..pastu tengok langit cam gelap jek..last2 amik gambar kat depan rumah yang penuh ngan lalang and ber’background’kan bangunan lama…hasilnya..splendid..hehehe.. ops..bukan depan umah kitorang penuh lalang ek..kat depan rumah ada kawasan kosong yg penuh ngan lalang..hehehe..skrang dah takde…diorang da develop tanah tu wat rumah teres 2 tingkat…

Gambar dok bergelak2 atas pelamin tu, aku pon tak sure la ape ceritanya..hehehe..maybe dak p wat lawak sengal kot..

dan bagi kategori terakhir iaitu Kategori C: Pic suami anda…silalah lihat calon2 nya ye..

Dak p wat muka sedih..

Dak p wat muka sedih..

Duduk2 di tepi pantai..

Duduk2 di tepi pantai..

Dua-dua gambar dak p ni are from our honeymoon at cherating..

Last requirement of the contest is to cerita la anything pasal kitorang ni..nak cerita ape ek..ok la…

Al-kisah…dak P dan aku sebenarnye memang dah lama kenal, sejak sekolah menengah lagi. Kitorang satu sekolah and satu kelas, kat kelas 3 Umar. Tapi seingat aku selama kitorang sekelas tu, cuba bercakap 2 kali jek. First time dak p offer aku keropok masa petang aku dok tunggu ayah aku amik dari sekolah and masa nak dekat2 PMR (rasanya mmg dak p..tak salah ke? :p )..dok nak mintak maaf kalau ade ape2..yg surely takde pe la kan nak mintak maaf..da cakap pon tidak.. 😀

Pastu ditakdirkan aku pindah sekolah after PMR, pergi SM Sains Selangor, and dak p stay kat SMKA Maahad Hamidiah. Nak dipendekkan cerita..masa 3rd year kat MMU kitorang dipertemukan semula dan Dak P telah menggunakan helah nak belanja aku ‘Nasik Lemak Feroz’ untuk memancing undi..

Akhirnya 4 hari lepas tu pada 07.06.04 (sempat la dating sekali kat Mid Valley..) ..dak p dengan penuh keberaniaan dan keazaman di dada..mempropose aku..face to face? aiya..tak…YM!! tak sabar sangat katanya nak tunggu jumpa aku lagi skali..so luahkan thru YM..chatting..tak romantik sungguh..tapi kitorang masa tu mmg already have the chemistry..ye la..dah lama tak jumpe..then pas jumpa balik 4 hari da couple..jodoh la tu kan…4 years pas berchenta-gaduh-berchenta-gaduh..pada 04.04.08..Kahwin!! 😀 (aik bile bace balik byk plak nombor 4 kat paragraph ni)

Kesimpulannya, aku ada suami yang rajin, baik hati, keras kepala, yang sayang aku, tak romantik, mempunyai keazaman, berpandangan jauh, bijak, seorang ayah yang baik, suka tolong buat kerja rumah (ni yang buat aku paling sayang ni..), suka ____  ____ dalam kereta (apa agaknye ek..dak p jek yg tau..hahaha..bila alif dah besar pon nanti dier pon tau gak..hahaha…), slalu tolong tukar diaper alif malam2 dan lain-lain lagi.

“I love you not because of who you are, but because of who I am when I am with you.”

p/s: Dulu ni rahsia..tapi sebab da kawen pon kan..tak payah la rahsia-rahsia…nak tau tak? dulu kan..aku suke usha dak p masa kat dalam kelas.. :p hohoho…

Incoming search terms:

  • diy pelamin (49)