Kek Batik Sedap dan Mudah versi Mak Beba

Lama juga aku dah tak buat kek batik. Tapi kali ni aku cuba resipi baru yang adik aku guna. Dia ada buat dulu, sedap pulak kejadiannya dan resipi ni pon tak pakai telur.

Ntah macam mana serious kali ni rasa macam kejap gila lah siapnya. Hasilnya adalah sangat memuaskan hati. En. Laki saya pon kata sedap. Mihmihmih.

kek batik sedap dan mudah

Kalau ikut resipi asal dari adik aku si Zahidah tu, pakai sepeket kecil Milo. Aku takde sepeket ade setin besor je. Hahaha. Dan tak tahu berapa gram lak sepeket tu. Dah la aku cari timbang aku pon macam dah hilang. So selepas google sket sana sini. Aku tukar sikit lah resipi nya dan aku lagi suka ada rasa pahit-pahit coklat tu lagi.

Jadinya kalau nak cuba kek batik version takde telur style mak Beba, bolehlah ikut resipi kat bawah ni ha. 😀

RESIPI KEK BATIK SEDAP & MUDAH MAK BEBA

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cup Milo
  • 1/2 cup Cocoa Powder
  • 250g Butter
  • Half packet biskut Marie or secukupnya lah, depend on besar mana paket biskut tu.
  • 1/2 tin Susu pekat
  • 1 TBS Vanilla Essence

Cara-cara:

  1. Cairkan butter dalam pan ke kuali ke suka hati la kan.
  2. Tambahkan susu pekat dan vanilla essence. Kacau rata.
  3. Masukkan Milo dan cocoa powder tu sikit-sikit sambil kacau bagi sebati semua tu.
  4. Tutup api dan bagi sejuk sikit, sementara tu boleh patah-patahkan biskut marie tu.
  5. Tuang je biskut marie dalam tu dah kacau la dia bagi bersalut.
  6. Lepas tu masukkan dalam bekas, padatkan dan simpan dalam peti ais. Sebaiknya semalaman gitu.

Pastu boleh la makan…yum yum..sedap..hehe..

Ade orang macam rajin dok layerkan kan bagai selang selikan biskut dan coklat tu. Kalau style aku takde la rajin sangat nak buat gitu. Hahaha. Humban je semua.

Dok buat post ni terasa macam sedapnye lah kek batik..hahaha..bila la nak buat lagi ni. Dah habis dah yang buat hari tu. Al-maklumlah cerita lama ni. Huhuhu. Okay lah ni je cerita kali ni. 😀