Tag Archives: idea hadiah hari guru

Hadiah Hari Guru 2016 – Alif darjah 1

Tahun ni ramai pula cikgu-cikgu yang nak kena Mak sediakan hadiah. Hahaha. Time tadika dulu ada la berapa orang je cikgunya. Kali ni hari guru berbelas terus kena buat. Adeh. Jadinya terpaksa la mak letak bajet rendah je untuk hadiah Hari Guru tahun ni.

Mula-mula aku tanya Alif, who is your favorite cikgu? Ada la dia sebut few names, lepas tu aku tanya la lagi, Alif nanti nak bagi hadiah hari guru kat berapa orang cikgu ni? Aku cakap kat dia, nanti Alif bagi mak list nama-nama cikgu yang Alif nak bagi hadiah.

Sekali kaauu..panjang list dia. Hahaha. Termasuk la cikgu sekolah pagi ngan petang.

Aku browse kat Facebook macam nampak katanya cikgu-cikgu ni suke kalau bagi pen ke atau apa-apa la alat tulis ni sebab dah diorang pon memang kena beli pon. Banyak nak guna. Jadinya since mak nak kerja senang, Haa, bagi je la ball pen biasa warna merah, hitam ngan biru.

hari-guru-2016 - idea hadiah hari guru

Kalau pen je kang boring la pulak kang. Haha. So aku buat je la Brownies Sedap Senang aku tu, and pack cecantik sikit nampak menarik. Bekas tu dan red polka dots wax paper tu aku beli kat Daiso. Dan untuk personal touch dari Alif, aku suruh dia buatkan kad ucapan Hari Guru untuk cikgu-cikgu dia. Simple je. Aku potongkan kertas A4 kepada 2 bahagian then lipat kat tengah and suruh dia tulis. Aku bagi la satu contoh ape dia nak tulis. Then bagi dia stickers macam-macam bentuk tu, suruh dia lekat je ikut suka dia. Hehehe.. Setel.

Ok kan? Lepas tu just assemble je la macam gambar kat atas tu. Final look dia. Senang Alif nak bagi kat cikgu-cikgu dia.

Harapnya cikgu-cikgu suka. 😀

Incoming search terms:

  • hadiah hari guru diy (2)
  • hadiah hari guru (1)
  • hadiah hari guru yang simple (1)
  • idea hadiah hari guru (1)