Tag Archives: hari raya family

Hari Raya Aidilfitri 2013

raya-aidilfitri-2013- family picture

Alhamdulillah, tahun ni kitorang beraya 3 1/2 orang. Lagi sorang masih baking lagi dalam oven. Mihmihmih. Nanti-nanti aku cerita la in detailed sket pasal Little P ni in another post.

Tahun ni turn raya di Kajang pula. Biasa la kan tiap-tiap tahun alternate raya Kajang-Sabah ni.

Tahun ni tak matching baju raya pertama kitorang. Haha. Dah tu nya saiz dah lari..tak boleh nak buat ape la kan. Kesimpulannya tahun ni beraya dengan baju ape yang muat je. Sendat semua kiri kanan depan belakang. Bertabahlah. Hahaha..

Itu je la post pendek aku untuk Hari Raya Aidilfitri tahun 2013 ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kami sekeluarga ucapkan untuk semua yang sudi datang melawat ke blog family kitorang ni. Aku harap ada lah antara isi blog ini bermanfaat untuk korang semua, dan sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung hati sesiapa kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas kelemahan kami dalam berbahasa.

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin.

 

 

A Happy Family of 9~~

Tajuk untuk hari ni Day 05 – A picture of you and your family.

Kalau family kitorang yang bertiga ni kompom la korang dah tau kan..ade jek gambar menyelit in every post..so this time aku nak cite pasal family aku jek..meaning mak, ayah and adik beradik aku la pulak..asik pasal aku, dak p and Alif jek.. :p

Payah gak nak carik gambar kitorang jek satu family..yang semua ada dalam tu..yang aku memang ingat gambar yang kitorang amik time raya tahun 2007…last raya aku sebagai seorang yang single..hehehe….

keluarga en ismail

Nanti2 aku nak ajak diorang2 ni semua gi amik gambar photoshoot la..

So aku perkenalkan dari kiri..yang kat belakang tu baju oren ke merah ntah..tu la pakcik Mael..ayah aku..skang ni dah bersara dah pon..dulu ayah aku kerja ngan TM..nama penuh Ismail Bin Mohd Saad.

Yang jejaka tak berapa kacak berbaju melayu purple sebelah pakcik Mael tu pulak adik lelaki yang pertama..nama dier Ibrohim..and current status, sudah pon berpunya..harap2 berkekalan la ye kali ni..hehhehe…dia ni muda setahun je dari aku..

Awek kat depan baju kurung purple tu pulak adik pompuan aku yang pertama, anak ke 4 dalam adik beradik kitorang..dia ni la yang terer bab2 melukis manga and digital art ni..skang tengah belajar graphics kat kolej..nama penuh Nur Sakinah a.k.a [email protected] (nama glemer.. :p)

Yang dok gedik2 amik gambo pakai baju hijau tu kita tak payah cerita la ek.. :p hehe..

Kat belakang aku dak pompuan kecik yang pakai tudung biru muda tu adik bongsu aku…skang ni dah sekolah darjah 6..dia ni lahir masa aku in form 4..jauh gak beza tu..16 tahun..hehehe..nama dia Zahidah..dia ni la makcik favorite Alif..’kawan’ alif..hehehe..

Mokcik kat belakang pakai tudung coklat tu la mak aku..nama penuh Noridah Bahari..mak aku ni memang supermom..ape jek yang dier tak bule buat..serba serbi semua tau..dari memasak, menjahit, kerja rumah etc..semua setel..anak2 pon alhamdulillah..comel2 and kiut2 belaka…hahaha.. :p Mak aku memang sejak kahwin ngan ayah aku dier jadik housewife..tapi mak aku ni pandai gak wat2 side2 income sendri…skang ni mak aku is a proud owner of service buat2 gubahan hantaran untuk orang2 kahwin ni…kalau minat nak tengok hasil kerja mak aku boleh la ke website dier HantaranKahwin (dah lama aku tak update..huu..)

Awek yang dok pakai baju kurung biru gelap yang melentok sket kat bahu aku tu adik pompuan aku yang bosa..skang ni dier dah lagi tinggi dari aku kot..kat umah nama glemer dier Renamonte..nama sebenar Nur Khairina..skang ni menjadi menanam anggur yang berjaya selepas habis amik SPM..jangan tak tau ye..Rina ni adik kepada kinah a.k.a Masabu..selalu ade orang confuse…owh..and dier ni la adik aku yang paling terer bab2 wat pizza ke kek ke lasagna ke..bagi jek kat dier..menjadi jek semua… 😀

Kat depan tu plak..budak laki pakai baju melayu pink tu..adik lelaki aku yang last..kiranya anak ke-6 dalam adik beradik aku laa..Muhammad Imran nama dier..tapi nak glemer sket panggil Pashir or Dazzling…hehehe..Skang ni belajar kat skolah menengah..form 2..

Last sekali..adik lelaki aku yang no-2..anak ke-3 dalam adik beradik..Illiyas..dalam family kitorang dier ni la yang paling giant..tinggi gile..anas pon kalah..Pakcik Yaz ni skang kerja gomen kat putrajaya..dah ade awek dah pon..nak kawen nye tak tau la lagi..tunang pon belom..tanak langkah bendul alasannye..pasni dah takle guna la alasan tu ek..hahaha..

Okay..tu jek..sebab family ramaikan..masing2 dapat intro pendek jek..kang panjang menjela plak post aku ni..hehehe..so tu jek laa…letih dah aku menaip ni…