Tag Archives: biskut chocolate chips nestum resepi

Biskut Chocolate Chips Nestum Super Duper Senang (Resipi)

Dua ke tiga hari lepas ntah tetibe terasa nak buat cookies. Pastu pulak kawan aku si pipah karim ade pulak share satu resipi cookies ni. Memang simple je la resipi dia. Nampak macam senang. Tapi dalam gram la pulaakkkk. But thanks to En. Google; everyones’ bestfriend aku berjaya convertkan ke my favorite measurement pakai cups. Hehehe. Then another problem dah ada a few bahan pulak tak ada. Sebabkan nak jugak tu buat cookies malam tu jugak aku tukar je bahan and omit mana takde yg sunat2 tu. So terhasillah Biskut chocolate chips nestum super duper easy senang tak hengat ni. Hahaha. Tadaaaa.

Gitu lah rupe dia. Bule tahan la kan. Yang penting sesuai la ngan citarasa kitorang. Buktinya semalam tu buat esok tu dah abes. 😀


Sekarang mak dah ade helper dah ha. Boleh la diharap bulat2kan cookies. Hehehe.

So panjang lah sangat intro aku kan, ye lah. Ni resepi Biskut coklat cips senang gila tu.

Bahan:

  • 1 1/3 cup Tepung gandum
  • 2/3 cup (150g) Butter
  • 1/3 cup Castor sugar
  • 1/2 cup Nestum
  • 1/2 cup Chocolate chips (Lagi banyak kompom lagi sedap ni. Tambah sesedap rasa. Haha)
  • 1 tsp Vanilla essense

Cara buat biskut chocolate chips nestum kita.

  1. Pre-heat oven at 170deg celcius.
  2. Gaul sebati butter dan gula. Jangan sampai kembang.
  3. Masukkan vanilla essense dan gaul sebati.
  4. Masukkan tepung gandum dan gaul lagi.
  5. Masukkan nestum dan coklat cips, gaul rata. ( Nak senang pakai tangan je pon boleh )
  6. Bulatkan letak atas baking sheet, then dah siap bulat2 kasi penyekkan sikit pakai garfu ke tangan ke. Or nak letak lagi chocolate chips atas tu ke. Suke hati korang lah.
  7. Bakar dalam oven selama 15-20 minit gitu. Tengok2 la ye. Kadang depend on oven memasing jugak.
  8. Dah masak tu. Bule la kasi sejuk dulu before simpan dalam bekas kedap udara.

Silalah cuba ya. Resipi ni memang dah jadi official recipe biskut coklat cips senang lah kat umah ni. Kejap je buatnya. Kalau yang lelain tu lagi banyak bahannya memacam but itu lain la texturenya ye dak.

Ok lah. Siap dah post kali ni. Korang doakanlah aku ni bagi rajin sikit update blog. Hahaha. Banyak nye cerita nak update.

Incoming search terms:

  • biskut nestum coklat (315)
  • resepi biskut nestum coklat chip (262)
  • biskut nestum (242)
  • resepi biskut nestum coklat (218)
  • biskut coklat nestum (202)