Bumblebee Birthday Decoration DIY

Salam semua, lama tak bersiaran kat blog ni..hehe.. Baru la nak tiup habuk 6 inci ni haaa…

So macam kat tajuk tu..nak kata baru tu takde la baru sangat..tapi on 3rd February hari tu kitorang ade buat makan2 sikit sempena sambut birthday both boys Alif and Azri..Alif dah pon 6 tahun and Azri pulak 1 tahun.. and yes pada sesape yang tak tau lagi, bebudak dua orang ni lahir pada tarikh yang sama..hehehe.. Azri nak sambut birthday ngan abang dia..so dia dengan rela hati keluar on the same date..hahaha..tapi cerita makan-makan tu aku cerita kat post lain nanti.

Tahun lepas aku tak sempat pon nak berDIY bagai, kalau ikut plannya semua nak buat on 3rd Feb tu lah..tapi nye dah azri nak keluar.. Nasiblah dah order kek. So itu je lah yang ade..hehehe..

Berbalik pada tajuk. Tema hari jadi bebudak ni kali ni ‘Bumblebee’. 2 in 1 gitu. Azri punye bee is the cute bumblebee while Alif pulak Bumblebee Transformers tu. So macam ni lah hasilnya.

bumblebee banner and food cart

In the end food card tu tak pakai pon..hahaha..simpan je la buat kenangan..bumblebee paper craft and goodie sticker

Papercraft bumblebee comel tu aku jumpe kat internet, kalau nak download boleh tengok kat http://qooplo.tumblr.com/ banyak gak characters lain. Ade Iron Man, Mario, Optimus Prime, banyak lagi lah..bumbleebee theme goodie bag

And here is the goodie bag yang dah siap and kat depan tu antara isi yang ade. Pardon the weird looking bee thingy. It was suppose to be a cute bumblebee cookie tapi dah nye amatur2 yang buat deco..so jadi lah gitu..hahaha..nak sangat buat sendri kan..but lesson learnt lenkali tak yah la..Order je senang..hahahaa..Selain tu ade air kotak, pencil with eraser yang comel2 macam2 jenis, and amplang import dari Tawau, Sabah. 😀

Kali ni takde dah nak lipat2 goodie bags segala..hahaha..beli je paperbag yang putih tu..masuk barang, lekat sticker..Siap! Tapi kalau ade sesiapa nak DIY sendiri goodie bags from A4 paper je boleh tengok post lama aku yang ni: [How-To] Make Custom Birthday Goodie Bags.

And lastly, mak gedik nak meja letak kek cam deco2 jugak..So gini je la yang mampu dibuat..hahaha..ok la kan..nasib baik la umah nenek banyak barang-barang dia buat hantaran tu..kotak2 tu semua kotak hantaran lah tu..hahah..

bumblebee theme table for birhtday

So itu je lah update untuk DIY project aku untuk tahun ni..ke?..hahaha..maybe lepas ni nak masak2 plak..kertas2 ni setahun sekali je.. :p

p.s: Rasanya ade sesape nak ke Printable untuk Banner and Food Card tu? Itu tak yah personalize so bule terus print je.. Kalau ade yang nak aku share.. Kalau takde yang nak..tak share lah.. 😀

[How-To] Make Custom Birthday Goodie Bags

Holaaa… Hari tu (dah berbulan lepas..hahaha..) aku ade janji nak buat tutorial macam mana nak buat goodie bags yang pakai kertas A4 tu..so setelah lama tersimpan gambar dalam laptop and dah berkurun jugak duduk dalam draft post ni..akhirnya berjaya gak aku siapkan..hohoho…

so mende yang kita nak buat ialah paper bag seperti di bawah..yang ni aku buat untuk birthday Alif yang ke-4 hari tu..

simple birthday goodie bag tutorial

So what you will need are:

  • Kertas A4 (175-180gsm)
  • Gam kertas yang kuat
  • Selotep (Since aku letak air kotak bagai dalam tu so it’s safer untuk bagi kuat sket bahagian bawah tu hence the selotep)
  • Printer (optional)
  • A few hours of your precious time.. :p

Cara nak buat goodie bag ni. In my case since aku nak ade belang2 rainbow tu so aku buat simple design and then print jek atas kertas A4 tu. Kalau nak design lagi gempak pon suke hati korang la..hehe..I like it simple and I think sticker tu nanti dah cukup untuk buat dia nampak cun.. :p

So firstly..korang kena lipat kertas A4 tu kepada 3 bahagian. Mula2 lipat yang bahagian kecik tu.. and then the rest just lipat dua. Lepas tu bahagian kecik tu korang sapukan gam and then lekatkan. Pas dah gam tu teruskan lipat kertas lain jugak and gam..sebab better tunggu gam tu kering dlu..baru senang nak buat step seterusnya..

tutorial goodie bag

And then on both side lipat ke dalam, approximately 3 cm macam kat indicator no.1 tu..and then bukak lipatan tu and buat dia macam kat no. 2 tu..aku nak explain pon tak reti..haahha..tapi rasanya tengok pada gambar tu boleh paham kot… :p just imagine paper bag..hehe..

buat goodie bag guna kertas A4

Once both side dah lipat cantik ke dalam macam no 2 tu..lipat bahagian bawah sekali, macam gambar kat bawah ni…ukuran dalam 6 cm kalau tak silap..aku pon dah lupe ukuran sebab dah lama bebenor buat mende ni..hehee..buat bulan 2..tapi bulan 10 baru nak buat tutorial..camne? :p

tutorial-goodie-bag-a4-paper-step 3

And then..ini yang macam part yang susah sket nak buat..and lagi susah nak explain..huu… So basically, what you need to do is bukak lipatan tu dari belah tepi and the press it down. Once dah buat on both side it should look like the picture below.

tutorial-goodie-bag-a4-paper-step 4

And then..bile dah dapat bentuk macam gambar kat atas tu..lipat ke dalam bahagian tepi kiri dan kanan and after that lipat juga bahagian atas dan bawah tu ke dalam..boleh rujuk gambar kat bawah ni..kejadiannye setelah di lipat kiri kanan atas bawah tu..

tutorial-goodie-bag-a4-paper-step 5

and lastly boleh la di gamkan bahagian flap ke bahagian tepi2 kiri kanan tu..dan jugak sikit kat hujung flap mana yang bertindih tu..jangan gam semua pulak..so kalau nak bagi lagi kuat..selotepkan bahagian bawah tu..dan..siap lah…pastu boleh la bukak and jadikan paper bag..

tutorial-goodie-bag-a4-paper-step 6

As for the stickers tu..sonang jek..just designkan atas kertas A4 seberapa banyak yang boleh…bentuk tu up to korang la..ikut creativity sendiri..and then print atas kertas sticker..boleh dibeli kat kedai computer selalunya..then gunting..siaplah..gini la rupe sticker tu lepas dah siap potong..

tutorial goodie bag - sticker

pastu masukkan la segala ape yang patut goodies dalam paper bag ni..and tutup dengan sticker tadi tu..

harap2 korang paham la ye tutorial yang tak seberapa ni..hehe..