Tag Archives: bazaar sekolah

Bazaar Sekolah Alif tahun 2017

Tahun ni, as last year ade juga bak kata kita dolu-dolu, Hari Kantin. Tapi tahun ni dipanggil ‘Bazaar’ gitu. Hahaha.

Aku bab mende gini memang tak join la sangat kan. Tapi aku pergi jugak lah and just bagi la contribution untuk jualan tu. Macam last year aku buat cupcake coklat and a few brownies. Boleh tengok kat post aku sebelum ni pasal cerita last year punya Karnival: Karnival Sekolah 2016

So for this year, Alif kata cikgu suh wat Spaghetti. Huu.. Aku jarang masak spaghetti ni. Apakan lagi nak masak banyak-banyak. Hahaha. Jadinya aku tukar la ke other pasta. Aku buat Macaroni Goreng je.

bazaar-sekolah- macaroni goreng

Begitu la rupanya. Hahaha. Since kualiku kecil, aku terpaksa masak 2 kali. Owh as reference, mana la tau kot-kot ada mak-mak yang nak buat pasta juga ke untuk jualan hari kantin, aku share bahan aku guna. Simple je recipe ni. Tak banyak benda dalam tu.

Bahan-bahan ni boleh buat dalam 15 bekas 600ml containers. Tapi tak penuh la. IMHO better juga kalau beli container 500ml je. Nampak la penuh, ye dak. Mihmihmih.

So bahan-bahannya:

  • 2 packets of 400g macaroni
  • 400g Ramly mince meat
  • 1-2 batang carrots*
  • 1-2 biji bawang merah*
  • 1-2 batang celery*
  • 1 tin cendawan butang
  • 1 botol sos pasta besar
  • 2 biji tomato segar
  • Sos cili
  • Mixed herbs or oregano ke ape ke. Suka hati lah. Aku prefer guna Mixed herbs je
  • Pepper black and white and Salt

Lebih kurang la tu kot. Bahan yang ada tanda ( * )  tu ikut saiz benda alah tu lah..kot besar ke kecik ke. Carrots, bawang, tomato and celery aku chop je ngan food processor. Senang koje acik. Hahaha.

Nak dijadikan kisahnya aku terlambat bangun..berkincah la kat dapur tu dok menyiapkan macaroni goreng ni. Macam ribut la kat dapur tu. Hahaha. Nasib la sempat jugak siap semua. Alif ngan ayah dia pergi dulu ke sekolah. Then ayahnya balik jemput aku ngan Azri. Sempat la Anas kirim gambar susunan macaroni aku tu. Hahaha. They were selling it for RM 6 sebekas. Gigih ke tak gigih aku dok siap melipat paper napkin tu letak garfu. Hahaha. Ngadekan..

bazaar-sekolah- gerai 2 cekal

Kali ni sampai-sampai macam banyak gerai yang dah tutup dok mengira keuntungan. Hahaha..ada lagi gerai yang ade la lagi sikit barang nak perabes. Ada satu gerai ni tengah dok orang penuh kerumun, tengok-tengok rupanya dok jual Pizza Hut. Hahaha. Untung meniaga. Satu slice diorang jual RM5. As for Macaroni gorengku. Sold Out. Mihmihmih. Mak is happy.

Aku tengok ada la Face painting, then ade siap booth ‘Nerf Gun‘ tu. Abes laaaa Alif perabes coupon kat situ. Hahaha. Sekali main RM5, dapat 5 bullets. Punyala serious dia nak menang tu, sampai merajuk-rajuk bila Ayahnya tanak beli lagi coupon, dia nak try lagi. Hahaha.

Ada juga Bouncing castle tahun ni, but macam versi yang rendah je. Mungkin juga sebab kes yang viral baru-baru ni kot. Huu.

Siap ada kuda juga. Dah disebabkan coupon dah habis, jadinya Azri just bergambar je lah dengan kuda-kuda ni. Berselera tengok kuda ni dok makan rumput kat padang tu. Hahaha.

bazaar-sekolah- azri dan kuda bazaar-sekolah-at the bazaar

Dah setel round semua dan lihat ape yang boleh dilihat kat Bazaar ni, then bergerak la kita ke Art class pulak. Hehehe.

Tamatlah cerita untuk hari ni. The End. 😀