Adil bin Anas

Our precious newborn of 2022.

Alhamdulillah, seorang lagi hero yang akan menambah kemeriahan dan keceriaan keluarga kami. Pendek kata percubaan ayahnya untuk dapatkan anak perempuan tidak kesampaian. Cukuplah setakat ini sahaja. Hahaha. Walaubagaimana pon kami sangat bersyukur Adil lahir ke dunia dengan sihat dan selamat.

Meet our 4th and the youngest baby boy, Adil bin Anas.

Lahir sehari awal dari EDD dia pada 23 Ogos 2020 dengan berat 3.44kg. Dialah yang pegang rekod berat lahir yang paling tinggi antara semua adik beradik. Memang solid la seketul keluarnya. Hahaha.

Sekian update untuk kali ni. InsyaAllah nanti aku tulis tentang pengalaman bersalin untuk kali ke-4 ni pula.

Nama saya Azri Bin Anas..

nama saya azri

Nama saya Azri Bin Anas. hehehe..akhirnya Little P dah ada nama. Lama jugak nak decide tu. Padahal memang dah ade list. Ada la a few nama yang dah shortlisted, tapi macam tak boleh nak decide mana satu nak letak for dak kecik ni. Sebab aku memang undecided sepanjang masa.. in the end aku cakap je kat Dak P, ‘Alif saya dah bagi nama, Little P ni awak pulak lah decide..’ hehehe..so dak P pilih Azri.

Azri maksudnya – kekuatanku, penyokongku.

Alif dan Azri, my heroes. Nak dijadikan cerita. Budak kelas aku time form 5 kat SMSS dlu ade Alieff dan ade Azri jugak..Alif tu lain la eja nya..tapi somehow dua2 pon tak panggil nama diorang..Sorang kitorang panggil Latip lagi sorang Jep. hahaha..kadang2 dok borak2 kat group WhatsApp, ade gak kena bahan bab ni…hehehe..

As for Azri. Semalam dia kena admitted kat hospital for jaundice. huu.. Tengah hari tadi kitorang dah pegi tengok and sempat la BF Azri sekejap. Kesian je tengok dia. Mata kena tutup je sejak semalam. Tapi baiknya Azri..senyap je.. Get well soon Azri..kay…

Nanti aku update pasal ni later.

MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest

Another contest untuk mencuba nasib. 😀 Ni 2nd time masuk contest organized by MomBloggersPlanet ni. Kalau nak tau lebih lanjut pasal contest ni meh tengok kat sini..

Theme untuk bulan DEC ni ialah “Senyum“.  Susah gak sebenarnya dok mencari gambar En. Alif senyum2 ni..

Hadiah contest ni memang besh..sponsored by PhotoBook Malaysia dan  AliceWonders.

Gambar2 yang nak dipertaruhkan untuk contest kali ni ialah:

Senyuman Lebar En. Alif

Senyuman Lebar En. Alif

Alif senyum sambil tutup mata..

Alif senyum sambil tutup mata..

Nama: Alif Bin Anas

D.O.B: 03.02.2009

Gambar first tu baru2 ni jek ambik yang second picture tu ambik masa Alif berumur 25 hari.

Aku memang paling suka bila tengok Alif tersenyum.

Senyum Alif, membuatkan pagi aku begitu ceria sekali…

Senyum Alif, buat perasaan aku tenang dan gembira…

Senyum Alif, menawar segala macam perasaan gundah..

Senyum Alif, membawa sinar dalam hidup aku..

Senyum Alif, membuatkan aku rasa bertuah memilikinya..

Senyum Alif, menceriakan persekitaran tak kira dimana dia berada..

Senyum Alif, melengkapkan hari ku..

Sehari tanpa Senyum budak comel ni memang tak sah lah..Senyum budak-budak ni senyum yang ikhlas dari hati diorang dan hati budak-budak ni ialah hati yang paling suci sekali.

Cerita pasal ‘senyum’ teringat aku masa dulu-dulu cam ada lagu pasal senyum ni..mesti korang pon ingat gak lagu ni kan.. 😀

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum… kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum… membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan…

Video Aksi Terlampau…

Video aksi terlampau siapa agaknye korang nak tengok? 😀 hehehe…kat bawah ni ade 2 video aksi-aksi terlampau yang korang bule tengok… enjoy the video kay..hohoho… :p

hohoho..amacam..ok ka? hehehe…ada cam terlampau tak? hahahaaha…

p/s: tak sabar nak tunggu result untuk Cutest Baby in Blue Contest. Ramai btol Alif kena compete against..150++ contestants…huu…