Azri; My cute little bumblebee

image

Comel tak..comel tak? Hehehehe..Azri pakai baju bumblee bee dia…Alif dulu pon ade gak baju bumble bee…

Gambar ni aku ambil lepas balik dari rumah mertua yas..adik aku yang no.3 tu..yg baru2 ni kawen.. 🙂 MIL dia terpeleot ke camne kaki dia..kena simen bagai..so pegi la melawat..tapi kat sane..siap dihidang makan nasi lauk sodap2 lagi tu.. yum2..manonye den nak kuruih..makan je bergantang2..hahaha..

Bile aku dok tengok gambar lama..time mcm ni aku da pakai balik jeans lama..maknanya da dpt balik pre-pregnancy weight…tp skang ni..harapannnn..huu..tunggu la balik KK nanti aku berusaha kerasss… “AKU NAK KURUS” motto hidup buat masa ni..hahaha..tp kat KK kang lah… sekarang ni..lek luuu..enjoy makan..hahaha..alasan je byk kan.. :p

Ok lah..itu saja laporan semasa..sebelum ni lagi satu gambo of my boys plak..Alif & Azri

image

P.S: bile lah nak tukar template blog ni agak nye..dah tak valid..hehehe..

En. Azri masuk hospital sebab jaundice.

En. Azri kita was admitted at Rafflesia Medical Center for jaundice treatment. Kesian dia.. Abang Alif dulu kena gak kuning, tapi rendah je so tak kena tahan.

So gini lah kisahnya:

//11.02.2014

Hari ni nenek Kajang sampai KK nak tengok Azri. Tapi sampai2 je nenek kata macam tinggi je jaundice Azri ni..Tak tau la macam mana kitorang tak perasan kuning dia tu. Bila aku tengok balik gambar baru macam ‘Ha ah…nampak kuning muka dia’.

Azri si budak kena kuning

See…kuning kan?? Weird macam mana bule tak perasan..huuu..sebab mata tu dah selalu tengok dia macam rasa nampak ok je ke? Ataupon macam memula kuning dia macam sikit je then macam terus naik tinggi ke gitu..tak tau lah..Apa2 pon lepas tu terus siap2 cepat2 and keluar pergi RMC. Memula ingat ke nak tanya doctor masa appointment Azri petangnya kol 4 tu..tapi mak aku cakap terus pegi sekarang.

Sampai sana diorang just amik darah and kata boleh balik dulu. Dia kata esok nanti diorang call katanya bagitau result. Tapi dalam pukul 4pm gitu RMC call kata suruh datang sana, sebab bacaan Bilirubin Azri tinggi,  392 to be exact.

Jadinya dia kena tahan kat wad kena duduk bawah lampu tu. Memula memang ingat nak room-in, tapi in the end lepas ade nurse ni cerita and explain, rasanya macam better just to leave Azri kat nursery je, so that dia bule duduk bawah lampu tu as long as possible supaya cepat turun kuning dia. Rasa sayu gak nak tinggalkan budak kecik tu sorang2 tapi nak buat camne..nak baikkan..

Malam tu dak p pegi lagi tengok Azri and bawak EBM ape yang ada untuk Azri. Aku tak pegi dalam pantang tapi macam dah tak pantang..hehehe..

jaundice -bawah lampu UV

//12.02.2014

Hari semua gi melawat Azri dalam tengah hari gitu. Dapat jumpe kejap je…sempat la BF kejap. Aku pon time ni tak pro lagi bab latching. Kesian dia kena tutup mata je seharian. Tapi kelakar pon ye gak tengok dah gaya macam pakai sunglasses gitu..hehehe..

azri-jaundice - pakai sunglasses

Pastu balik lah..sebab nak masukkan balik bawah lampu. Azri still takle discharge sebab bacaan still tinggi lagi, 243. At again malam tu Dak P lagi pergi jenguk Azri and bawa EBM gi sane.

//13.02.2014

Alhamdulillah..tengah hari tu kitorang pegi lagi tengok Azri bacaan ‘bilirubin’ dia dah turun ke 176. So diorang kata dah boleh bawak balik.. 😀

azri dah kurang jaundice

memang berbeza kulit dia lepas dah kurang kuning ni..nampak glowing gitu..hehehe..Azri ni lagi cerah dari abang dia.. Alif dulu masa dalam hari agak coklat la jugak. Aku dok bajet ke ikut warna ayah dia..hehehe.. tapi lepas botakkan kepala dia tetibe jer macam berubah jadi cerah..hahaha.. agak pelik gak lah… :p

Ok lah..panjang dah cerita..lenkali sambung lagi.. hehe..

Nama saya Azri Bin Anas..

nama saya azri

Nama saya Azri Bin Anas. hehehe..akhirnya Little P dah ada nama. Lama jugak nak decide tu. Padahal memang dah ade list. Ada la a few nama yang dah shortlisted, tapi macam tak boleh nak decide mana satu nak letak for dak kecik ni. Sebab aku memang undecided sepanjang masa.. in the end aku cakap je kat Dak P, ‘Alif saya dah bagi nama, Little P ni awak pulak lah decide..’ hehehe..so dak P pilih Azri.

Azri maksudnya – kekuatanku, penyokongku.

Alif dan Azri, my heroes. Nak dijadikan cerita. Budak kelas aku time form 5 kat SMSS dlu ade Alieff dan ade Azri jugak..Alif tu lain la eja nya..tapi somehow dua2 pon tak panggil nama diorang..Sorang kitorang panggil Latip lagi sorang Jep. hahaha..kadang2 dok borak2 kat group WhatsApp, ade gak kena bahan bab ni…hehehe..

As for Azri. Semalam dia kena admitted kat hospital for jaundice. huu.. Tengah hari tadi kitorang dah pegi tengok and sempat la BF Azri sekejap. Kesian je tengok dia. Mata kena tutup je sejak semalam. Tapi baiknya Azri..senyap je.. Get well soon Azri..kay…

Nanti aku update pasal ni later.