Tag Archives: alif

AA Birthday 2017 – Spiderman theme.

Alhamdulillah. Setel dah majlis birthday secara kecil-kecilan bebudak ni. Kali ni Birthday party diorang tema Spiderman pulak. Special request daripada Azri. Everytime ditanya mesti dia akan jawap ‘I want Spiderman cake’ 😀

So on 04.02 hari tu, sama-sama la semua meraikan budak berdua Alif dan Azri. Alif dah pon 8 tahun dan Azri 3 tahun. Kejap je masa berlalu. Dah besar dah anak-anak aku ni.

Tahun ni tak macam tahun lepas. Kitorang takde bagi kad jemputan. Tapi cuma bagi yang digital version je. Sebab jauhkan kat Kajang nun. Hehehe.

Seperti tahun-tahun yang lalu, mak sukaaaa tau nak buat benda-benda deco ni. Tapi semua pon simple je lah kan. DIY la katakan. Bajet pon terhad. Tak de tema spiderman la kan kalau takde Spider Web. Jadinya mak la jadi spidernya dok spin the web gitu kat kaki meja. Hahaha. Seronok la lepas tu Azri dok main kat spider web tu, sangkut-sangkut segala action figures big hero 6 dia kat situ.

As for the balloons, yang meniupnya bukan mak. Ayah ngan abang Alif yang buat. Mak cuma ambil 4-5 belon yang warna merah dan biru and bagi ala-ala deco sikit. Just lukis je web guna sharpies hitam and then untuk belon merah tu. Mak lukis mata kat kertas putih, gunting dan tampal atas belon. Setel.

bdayAA-2017 - belon dan web

Dan meja kek simple la sesangat. Seperti di gambar. Hahaha. Ok la kan. 😀 Banner tu pon print sendiri je. Last minutes gi IOI City Mall gi cari cartridge printer ngan beli kertas tebal skali. Hahaha.

bdayAA-2017- meja kek

Azri memang dia excited je sebab dok tengok kek Spiderman dia tu. Ala-ala dreams come true la gitu gamaknya. Hahaha. As for Alif dia pon happy gak, dah ada ramai budak-budak jugak datang. Bawah ni gambo masa dok potong kek.

bdayAA-2017- potong kek

And now we come to the food…mihmihmih. Part ni favorite aku ni. Hahahaha. Makanan. Alhamdulillah, makanan cukup untuk semua. Macam-macam ada. Okay. Menu untuk hari tu, kitorang ada.

  • Nasi Lemak Sambal Sotong by Aunty Ayong + Mak Tok
  • Mi Jawa Spesel by Nenek
  • Beef stroganoff Fettuccine by Makcik Rina
  • Chicken Chop Mini + Mashed potatoes + Gravvy  (Mak rebus potatoes je..hahaha)
  • Satay

Pakcik Yas and Makcik Ily ada bawakkan Apam Polkadots, Medina and daddy dia pulak bertungkus-lumus buat dadih. Hahaha.

Amacam. Meriah kan makanan. Hahaha. Terima kasih kepada semua yang berkerja keras untuk siapkan semua makanan ni, Makcik Kinah dan Maksu yang setia di dapur. hihihi. Alhamdulillah. Syukur sangat bila ada family rajin tolong dan bagi contribution macam ni. Kalau sorang je mesti semua pon mak order. Hahahaha.

bdayAA-2017- food

As for goodies, dalam paperbag putih tu, cuma letak Air kotak ngan biskut bear ada inti coklat. Sticker Spiderman tu of course la hasil design mak, but thanks to Auntie Ayong sponsor untuk print sticker tu.

Memula ingat ke nak bagi macam pensel ke pe ke. Then bila gi kat Kedai Eco tu macam murah la plak kat Stationery Set tu..cantik lak tu bekasnya. At first nak beli Spiderman je semua. Yelah kan ala2 dah tema Birthday Spiderman, tapi tak cukup pulak, so kitorang campur-campur je lah. Seronok gak tengok bebudak ni dok memilih nak yang mana.

bdayAA-2017- goodies

Thanks to all yang datang meramaikan Majlis Birthday kecil-kecilan ni. Hehehe. InsyaAllah kalau ade rezeki mungkin la buat lagi. Mungkin. Hahaha.. Anak pon dah besar dah ni. Mungkin buat kat tadika je la next year. Mihmihmih. Jimat sikit.

Few more pics time party hari tu. Kawan-kawan Mak pon datang juga. Thanks korang. Murni dari Puncak Alam lagi datang ke Kajang ni.

bdayAA-2017- friends bdayAA-2017- the husbands bdayAA-2017- kids playing

Okay lah. Itu je celoteh Mak Beba hari ni.

Alhamdulillah. Anak-anak bujangku membesar dengan baik. Moga Allah akan terus berikan barakah dan rezeki kepada budak berdua ni. InsyaAllah. Be good, boys. The most precious gifts of my life, My sons. Mak love you both forever and ever. Just don’t forget me when you find another girl kay.. Hahahaha..

Hadiah Hari Guru untuk cikgu-cikgu Tadika ABS Kota Kinabalu

Ni je. Hahaha. Boleh la tu kan. Dapat lah cikgu-cikgu Alif merasa sepotong sorang brownies coklat sedap ni. Hahaha. Puji diri sendri lak buat brownies sedap. :p

Nasiblah ade lagi plastik tu yang guna untuk buat goodies masa birthday Alif 4 tahun. Kertas rainbow tu pon sama la tu, yang guna buat goodies bag DIY dlu tu.

For a little bit of personal touch, Alif tulis sendiri kad ucapan tu untuk cikgu2 dia. For a 6 years old boy OK kot agaknya tulisan dia tu? Hehehe. Tak tau la aku.

Ok la. Tu je ceritanya pon. Since 16 Mei tu jatuh on hari sabtu. So advance la sehari esok dapatnya. 😀

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru. Terima kasih,cikgu!

Incoming search terms:

  • hadiah untuk cikgu tadika (7)
  • diy hadiah hari guru (2)
  • kek untuk hari guru (1)
  • hadiah hari guru untuk cikgu tadika (1)
  • hadiah simple hari guru (1)

Welcome 2015.

Wow. Kejap je rasanya, macam baru je buat post tapi rupenya da berabuk 10 inci blog ni. Hahaha.

Alhamdulillah, Allah bagi peluang lagi buat kami untuk bernafas di bumi ni. Ntah kenapa ayat aku tetibe skema lak ni. Haha. Dah lama sangat agaknya tak buat blog post. Ntah ade ke tak lah lagi agaknya yang still bace blog picisan aku ni kan?

Kepada sesape yang masih setia tu terima kasih banyak2 sebab sudi bace. Kepada yang tetibe termasuk kat blog ni sebab tercarik something ke. Terima kasih jugak dan selamat datang. And seriously I should stop merepek ntah ape2 ni. Hahaha.

Jadinya, sempena tahun baru 2015 ni diharapnya aku akan jadi lagi rajin nak update blog. Lagi2 pasal anak kecik comel saya yang no.2 En. Azri tu.

Sorry ye Azri. Nanti mak qada semua cerita and progress Azri ek. InsyaAllah.

So next month on February. Azri turns 1 and abang dia Alif dah pon 6 tahun. Kejap je masa berlalu. Dah besar panjang anak bujang aku yang sorang tu.

Sebab dah lama tak tulis blog semua pon aku dok cuba sumbat kat post ni. Hahaha. Okay lah. Itu je for now. Nah gambar anak2 bujang saya. Pagi2 masih bacin on 01.01.2015.

IMG_2817.JPG

Alif dah besar..

Salam semua… 😀

Lamanyaaaa tak update blog.. Banyak gile sebenarnye cerita yang nak diceritakan tapi ntah laa.. memang mood nak update blog ke laut..hehehe..

So untuk warm up post ni just nak letak gambar Alif je.. :p

Alif pakai topi

Nampak mcm dah besarkannn…anyway topi tu pinjam je..sape punye ntah, tak tau pon..hahaha..tapi samada makcik ayong or oyet dia la..sebab kat rumah lama diorang..

Sabtu lepas kitorang meramaikan suasana je. Oyet (adik lelaki aku yang bawah aku si Boem) pindah masuk rumah baru dia kat Kajang 2..3 tingkat kau..mengah acik panjat sampai ke atas..hahaha… diorang dok busy mengemas la tu agaknya..

Ok la..nanti insya Allah update lagi..banyak nak cerita sebenarnye.. :p hehe..