Tag Archives: adam0+

Adam and Jaundice

Alhamdulillah. Hari ni dah lepas dah dari kena ambil darah untuk check kuning Si Adam. 6 kali gak lah kena berulang setiap 2-3 hari gitu ke Klinik Kesihatan.

adam-jaundice-bacaan-bilirubin

Anak-anak aku semua pon memang ada jaundice, tapi cuma Azri sorang je la yang merasa duduk bawah lampu biru tu. Double lagi atas bawah lampu masa 2 hari pertama dalam wad. Ada dulu aku buat blog post pasal Azri kena jaundice ni: En. Azri masuk hospital sebab jaundice.

Berbalik kepada tajuk, masa mula-mula pergi untuk check jaundice tu memang ada lah nampak sikit kuning-kuning kat muka Adam. Lepas check syukurlah bacaan tak tinggi sangat, cuma 187 je. Jadinya cuma kena ulang je la datang esoknya untuk check darah.

Dipendekkan cerita bawah ni bacaan bilirubin Adam dari awal sampai la hari ni:

  • 28.05 – 187
  • 29.05 – 180
  • 01.06 – 147
  • 04.06 – 119
  • 07.06 – 110
  • 09.06 – 98

adam-jaundice

Yang bagusnya si budak Adam ni bila dia dah tidur tu sampaikan kena cucuk kat tumit kaki pon relaks je. Ada la bunyi sket ‘ ngeh’ gitu, muka berkerut sikit, lepas tu sambung balik tidur. Hahaha.

Hari ni En. Adam kita dah 17 hari. Timbang berat tadi 3.8kg dah dia. Alhamdulillah, elok bertambah berat badan dengan susu Mak. Cerita pasal breastfeeding aku memang tak pernah tak challenging. Haih..harap-harapnya ada harapan la lagi untuk Adam direct feed ngan aku. Kalau tak pam-pam-pam je la selagi mampu. Macam masa abang Alif dia.

Sekarang Mak tengah pening macam mana nak manage susu ebm untuk Adam nanti nak balik kampung dan nak naik kapal terbang nanti. Adeh. >.<

p.s: Usaha untuk me’makeover’ blog masih dalam fasa ‘research’. Hahaha. Masih belum dapat lagi gambaran macam mana rupa bentuk design template untuk kali ni.

 

 

Adam Bin Anas

Alhamdulillah.

Syukur kepada Allah, pada 24.05.2018 lahirkan anak kami yang ke 3. Seorang lagi hero yang  bakal membingitkan lagi suasana rumah kecil kami ni. Hahaha.

adam-anas

Kali ni boleh dikatakan nama Adam ni dipilih sebulat suara oleh abang-abang dia. 🙂 Masa dah hujung-hujung pregnancy tu memang selalu juga la Alif dan Azri bergilir bertanya soalan ‘Mak, bila Adam nak keluar?’ Hahaha..sampaikan malas dah la Mak nak melayan lagi dah.

Secara tidak langsung juga, Adam adalah hadiah dan rezeki buat kami sekeluarga sebagai meraikan 10 tahun usia perkahwinan kami. Mohon kawan-kawan doakan hubungan kami sekeluarga tetap kukuh  dan utuh selamanya sehingga ke syurga. InsyaAllah. 🙂

Jika ditanya ‘Tak nak ke tambah girl pulak lepas ni?’ InsyaAllah jawapan nye ‘Mungkin tidak’. Hahaha. Kalau lagi beberapa tahun lagi tak pasti la kan kalau masih sama jawapan yang aku bagi. Tapi buat masa sekarang ni memang cukup lah. Hahaha.

Pengalaman bersalin Si Adam ni memang lain sikit dari abang-abang dia, sebab buat pertama kali nya kami memilih untuk bersalin di hospital kerajaan atas sebab kesihatan aku. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya dari mula mengandung sampai ke bersalin, penyakit aku stabil dan baby Adam pon membesar dengan sihat dalam perut Mak dia, sampaikan overdue 4 hari baru dia nak keluar. 😀

Tapi tu nanti kalau rajin aku buat post lain lah. InsyaAllah. Hahaha.