Fuhh. Semalam ntah tetibe mood elok plak nak pakai oven. Hahaha. Petang tadi punya la gigih dok try buat Oven-baked potato fries. Siap ngan cheese dip dia lagi.

oven-baked fries and cheese dip

Verdict. Tak mo da buattt. Hahaha. Tobat. Lagipon En. Laki kata dia lagi suke wedges. Chaittt. Hari tu penah buat ala wedges. Memang 60 kali lagi senang dari Oven-baked fries ni lah. Dah la gatal carik recipe yang siap double baked lagi. Konon nak fries yang crispy gitu. Muahaha.

Dah tu ape plak kena mengena lak tak kena ngan tajuk post ni ye tak? So nak dijadikan cerita. Mende alah cheese dip aku tu mcm banyak la plakkan lebihnya. Lagipon macam ala2 bechamel sos je. Pastu tadi terjumpa plak kat FB resipi Roti keju ayam cendawan. Nampak sedap la plak kan. So aku alter la sket resipi tu supaya pakai sos cheese dip aku tu.

resipi roti lapis ayam cendawan keju

This one I loike! Hehehe. Creamy and cheesy and all the good taste from the chicken, mushroom and bell pepper.

roti lapis ayam cendawan

Resipi ni versi aku la ek. Original resipi lain banyak gak lah. Tapi maaf lah resipi aku versi ‘agak-agak’ aku tak measure. Huu. Yang mana bule letak measurement tu aku letak lah. Tp ikut suke sebenarnya nak banyak ke sikit ke. Ikut selera hangpa la noo.

Bahan-bahan:

Dada ayam
1/2 tin Cendawan butang
1 biji Bell pepper (capsicum)
1-2 biji Telur
Susu segar
Roti keping
Cheese untuk topping (ikut suke nak cheese ape, nak murah cheddar lah, nak up lg tambah mozarella sket ke. Hehehe)
Black pepper and white pepper serbuk
Garam
Butter and minyak sikit

Bahan untuk sauce cheese:
3-4 sudu besar Tepung gandum
1-2 sudu besar Butter
1-2 cawan Susu segar
1/2 Kiub pati ayam
Cheese (aku pakai cheddar sekeping, mozatella sekeping kalau tak silap)
Black pepper and salt for seasoning.

Cara-cara:

Pre-heat oven at 200deg celcius.
Prep the chicken and mushroom.

1. Ayam tu kasi potong butterfly nipis. Seasoned with salt and pepper. Letak tepi dulu.
2. Potong button mushroom nipis2 gak. Seasoned jugak sama la macam ayam tu.
3. Bell pepper tu just potong dadu kecik2 sedap2 still bule kunyah.
4. Panaskan pan. Cairkan butter and letak minyak sket. Then layerkan ayam tu dalam pan. Masak both side. Kalau muat pan saute sekali mushroom dalam tu sekali gus. Kalau tak. Asing2 lah. Hehee. Dah siap tu simpan tepi.

Buat cheese sauce.

1. Cairkan butter, then masukkan tepung sambil whisk butter supaya tak bergumpal.
2. Bila campuran butter dan tepung da sebati elok, masukkan susu sikit2 sambil whisk.
3. Masukkan kiub pati ayam tu. Kasi hancur2 kan.
4. Then masukkan cheese barang 2-3 keping gitu. Kacau kasi cair cheese and smooth je texture sauce kita.
5. Seasoned with salt and pepper.

Pastu set aside mende alah tu. Dah bole start untuk assemble roti lapis kita.

1. Sediakan loyang. Grease sikit satgi melekat macam aku punye. Hahaha. Senang pakai loyang 4 segi.
2. Combine telur dan susu. Whisk sebati.
3. Rendam roti keping dalam bancuhan susu telur tu and susun sampai penuh loyang tu.
4. Letakkan strip ayam, cendawan yang da saute tadi and bell pepper. Tabur2 gitu. Then letakkan sos cheese kita.
5. Ulang rendam roti and layerkan lagi.
6. Ulang step 4.
7. Ulang step 5. (Amboi senang acik tulis resipi. Haha)
8. Last skali kalau ade lebih sos putih tu bule letak atas sekali sebelum tabur cheese untuk topping. Kalau macam aku tak cukup plak. So takde lah. Bantai je. Hahaha. Cheese pon sikit. So mcm kering sikit atas dia.
9. Bakar dalam oven dalam 15 minit gitu. Siap!!

Hehehe. Amacam? Rasanya senang kena susah? Paham ke penerangan aku tu? Hahaha. Ok lah. Panjang dah cerita resipi ni. Saya mengundur diri dulu. Nak layan lagi seround Roti lapis ayam cendawan cheesy aku tu. Yumm yumm.

Sila lah cuba ye. 🙂

written by beba