Buat Roti Jala ni senang je rupanya (Resepi)

Kalau dah siap karinya bab buat roti jala rupanya takde la susah mana.

Aku pakai resepi roti jala dari website ni. Barang semua memang basic abes yang ada kat dapur. Dan yang penting memang sedap. Lembut je.

Campur semua blend. Tapis sket. Masuk bekas untuk buat roti jala tu. Boleh la start menjala. Aku gigih beli bekas mcm botol untuk buat roti jala kat Mr. DIY hari tu. hahaha..

Tapi bab cantik ke idok roti jala tu bergantung la kat skill orang yang menjala tu. Hahaha. In my case, memang porak peranda la rupa roti jala ku.

resepi roti jala lembut

Tapi at least kalau tengok dari gambar tadi tu ade la macam improvent ye tak? Dari mcm lempeng ke arah roti jala yang cun. Hahaha.

Ape2 kari tu memang feel abes la makan ngan roti jala. Tapi bukan saya yang buat kari ayam tu. Dak P yang masakkan. Hehehe. Thanks ye dak P. Lenkali masak lebih lagi kari ayam tu. Boleh buat lagi roti jala. Nyummm nyummm. 😀

So resepi roti jala tu cam kat bawah ni (aku halfkan bahan sebab bukannya ramai pon kan orang kat umah ni.. :p ) :

Bahan-bahan:

  • 2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan minyak
  • sedikit pewarna kuning (aku pakai kunyit je)
  • sedikit garam
  • acuan roti jala ~ kalau takde, ade aku tengok orang tebuk lubang kat penutup botol air mineral kecik tu..pon boleh..

Cara nak buat roti jala:

  1. Blend semua bahan-bahan untuk membuat roti jala.
  2. Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata.
  3. Tapis adunan tadi.
  4. Panaskan pan, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala.
  5. Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung.
  6. Tak payah terbalikkan.
  7. Ulang langkah tadi hingga habis adunan.
  8. Mostly dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan. Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air.

Selamat mencuba..nyum nyum..sedapnya roti jala..

written by beba

Incoming search terms:

  • resepi kuih jala sabah (91)
  • kuih jala sabah (32)
  • resepi roti jala (24)
  • resepi roti jala sarawak (7)
  • cara buat roti jala (2)

One thought on “Buat Roti Jala ni senang je rupanya (Resepi)”

Please let me know what do you think about this post. :D