Reminiscing the Good Old Days.

Pernah dulu, satu masa dahulu, blog ni boleh dikatakan mempunyai pembaca yang agak boleh dibanggakan. Hahaha. Tak lah banyak. Tapi tetap ada. Bila ada post baru mesti ada yang baca dan bagi komen. walaupon sebaris. Seronok juga hati kecil aku ni. Tak kisah la kan walaupon yang komen tu suami sendiri. Tapi sekarang ni En. Laki aku pon dah tak rajin nak komen pon kalau ada post yang aku buat. Baca pon tidak gamaknya. Hahaha.

Sekarang ni memang sepi blog ni. Aku sendiri pon susah benar kalau nak buat satu post pon, jangan kata satu sehari, satu post seminggu pon payah. Nak buat satu post sebulan pon macam dah tak juga ni. Adeh. Mood nak mengarang tu macam dah melayang ke mana ntah. Padahal dulu ada satu masa aku memang wajibkan diri untuk buat satu post satu hari. Tak kisahlah samada panjang atau pendek. Yang PENTING, mesti ada.

Ke manakah semangat yang aku ada suatu masa dulu tu? Aku pon masih lagi tercari-cari.

Seronok sebenarnya berblog ni. Walaupon aku cuma blogger picisan, yang cuma bercerita tentang perkara-perkara biasa. Perkara yang aku rasa perlu aku simpan sebagai memori, yang boleh kami sekeluarga rujuk di kemudian hari.

Bukan semua benda kita boleh ingat kan. Dengan berblog ni, aku boleh cari balik tentang pengalaman lalu yang macam dah samar-samar je dalam ingatan ni dan baca semula.

Banyak memori, banyak cerita terutamanya berkenaan budak-budak ni yang nak ditulis. Terutamanya Azri dan Adam. Terlalu sedikit cerita tentang budak berdua ni. Maafkan Mak ye. Huu. Abang Alif dulu memang zaman kegemilangan Mak berblog. Memang tak putus cerita setiap perkembangan Alif.

Moga semangat aku untuk kembali berblog ni akan datang semula. InsyaAllah. Gambar di kala rajin menulis. 

Ntah apa lah yang aku tulis bulan April 2010 tu. Hahaha. Sampai 40 posts kot tu. Hahaha.

written by beba

Please let me know what do you think about this post. :D