Mana nak makan Kari Kepala Ikan tersedap di Kota Kinabalu..

Kalau korang tersinggah ke Kota Kinabalu ni..and rasa2 nak merasa kari kepala ikan..tak yah carik tempat lain dah pergi jek kat Krishna Fish Head Curry House..kompom sedap..sebab aku dah pergi situ few times dah…and everytime kalau terasa nak makan kari kepala ikan memang pergi sana jek…kat Donggongon, KK.

kari kepala ikan krisha fish head curry house

kepala ikan kitorang kecik jek..sebab makan 2 orang jek kan..tapi kari dier memang meletop laa..best~~ kalau tak caye kena try sendiri laa..ni gambo lama..hahaha..bile wat post ni cam terasa nak makan kari kepala ikan la pulak kan…

hari tu masa adik aku datang sini jalan2 ngan family bakal mentua dier ingat nak bawak adik aku, awek dier and 2 orang adik awek dier gi makan kat krishna fish head curry house ni (family yang lain2 tak dapat nak angkut..diorang sampai 10 orang datang sini beramai2..)…tup2 sampai tutup la pulak..huu..tak sure la memang tiap2 hari ahad tutup malam ke camne..tapi tak tercapai la niat nak makan kari kepala ikan tersedap kat KK ni..hehehe..takde rezeki..

banana leaf rice with fish head curry at krishna curry house kota kinabalu

kat sini makan atas daun pisang jek..alahai..berkeriuk2 perut aku sambil menaip post ni..esok nak ajak dak p makan kari kepala ikan kat krishna ni laa…

owh..walaupon namanya Krishna Fish Head Curry House tapi sini makanannye ‘halal’..kalau tak takkan la aku pergi makan kot kan..hehehe..ade logo halal bertepek besar gile kat dinding restaurant ni..

so tu jek la post aku setelah lama menyepi.. :p lapo la plak~~~

written by beba

Incoming search terms:

  • tempat makan best di kota kinabalu (42)
  • tempat makan di kota kinabalu (35)
  • kari kepala ikan kota kinabalu (30)
  • makanan sedap di kota kinabalu (17)
  • tempat makan menarik di kota kinabalu (13)

2 thoughts on “Mana nak makan Kari Kepala Ikan tersedap di Kota Kinabalu..”

Please let me know what do you think about this post. :D