Din Beramboi dah meninggal dunia?

Tadi aku dok blogwalking pastu cam ternampak tajuk artikel pasal ni…terus bukak..malam tadi masa dok bukak radio ade gak dengar pasal ada nak buat sembahyang hajat untuk Din Beramboi..aku pon confuse gak..ape ceritanya..ye la kan…aku ni memang kurang tahu menahu pasal perkembangan semasa ni..huu..tup2 tetiba terjumpa artikel ni..baru la tau cerita…

Kat bawah ni artikelnye..

din beramboiKUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. – Utusan

Sama-samalah kita sedekahkah surah Al-Fatihah untuk allahyarham. Al-Fatihah…

 

written by beba

Please let me know what do you think about this post. :D