Bila dah start balik godek-godek blog ni balik, macam-macam lah yang aku jumpe. Dan macam-macam lah yang aku nak buat. Hahaha. In the end dah tak juga siap-siap nak post new entry kat blog ni. Mihmihmih.

Aku hari tu perasan yang categories dalam blog ni banyak, tapinya ada few categories tu macam alahaiii ada la dalam 1-3 posts je dalam tu. Then macam rasa some categories tu redundant pon ada. Jadinya itu lah sebabnya… Aku decide nak restructure balik categories kat dalam blog ni.

Yeay..bunyi macam banyak je kerja kan. Dah la post dalam blog ni pon ade la dalam 800 lebih kot. Hahaha, bertabah la Mak.

Firstly aku list out balik semua kategori lama. Ada la dalam 26 gitu. Dan dipendekkan cerita, setelah dikaji dengan lebih mendalam. (cewahh 😀 ) Tinggal la 13 categories sahaja including sub-categories. Mungkin akan berubah lagi, work in progress kan katanya. Hehehe.

Some of the categories yang relevant tapi tak banyak sangat post aku convertkan ke tags. Bila dah lama berblog ni baru macam ada kefahaman lebih sikit pasal categories and tagging ni. Hahaha.

recategorizing-blogposts - old to new

Sila ignore tulisan yang macam cakar ayam tu. Hahaha.

Bila tengok macam tu aku nampak gak la apa sebenarnya yang selalu aku ceritakan selain daripada our personal life stories. Jadinya aku akan just concentrate more on ape yang aku suka buat and hopefully my sharing tu akan memberi manfaat kat sesape yang sudi baca blog aku ni.

So mulai sekarang ni aku akan tambah lebih banyak sharing tentang felt crafts, especially currently aku tengah dalam mode ber ‘busy book’ ni. Actually dah lama aku sediakan satu template busy book as freebie for fellow casual crafters cam aku ni. Tapi tu lah, disebabkan lama aku menyepi dari dunia blogging ni, semua pon sunyi sepi la jugak kan.

InsyaAllah, nanti aku akan upload juga more of busy book activity pages yang aku tengah buat untuk Alif ni.

Cerita photobook juga akan diteruskan. Hihihi. Tapi itu cerita lain kali lah. Dah lari tajuk la pulak post ni.

Okay, sekarang ni ada la aku dah create new categories and already moved some posts to their new respective category. But still banyak lagi kerjanya ni. Nak buat satu-satu pening Mak Beba memikirkannya. Hehehe. Tapi terima kasih kepada En. Google dah pon jumpa solutionnya. Sat gi aku cerita. Meh tengok satu gambar dulu.

recategorizing-blogposts

Ini screenshot sket few of the categories yang ada and ape yang aku dah ubah dan buat.

Lepas ni untuk move posts to a new category aku dah pon install satu plugin ni. Bulk Move namanya. Daripada dok buat satu-satu kan. Menangis nak siapkan. Hahahaha..

Dan juga lagi satu plugin penting kita kena ada kalau nak re-categorize balik blog posts ni, lagi-lagi kalau kita guna Permalink: category/postname, is this plugin, Redirection . Gunanya plugin ni ialah dia akan auto-redirect user yang click link post lama kita ke link yang baru.

Penting sangat-sangat ni tau. Sebab kalau kita tak redirect nanti sesiapa yang klik ke link lama kita akan dapat tengok 404 error page je nanti. Rugi tau. Google pon nanti takut dok penalized plak blog kita sebab banyak sangat broken links. Kalau pandai edit file .htaccess sendiri pon boleh juga. Cuma kalau beratus posts tu better la guna plugin je. Senang pon senang. Hehehe..

Dan, itu je lah yang aku nak bagitau kali ni.

p.s: Sunyi betul blog ni sekarang. Rindu zaman dulu ada ramai kawan-kawan datang melawat..hehehe..

 

 

 

written by beba