Seriously, aku pon tak tau kenapa tetibe macam hot gila cerita pasal Ayam Goreng McDonalds ni kat Facebook. Sebab serasa aku memang dah lama gila dah kot McD jual ayam goreng. Aku ingat lagi dulu aku makan kat KL Sentral, masa tu masih muda remaja single mingle. Hahahaha.

Jadinya semalam, sempena cuti Good Friday kitorang bawa bebudak ni gi McD. Masa on day way ke McD tetiba Maknye pon datang mood gedik nak berselfie, dah bebudak ni pon sebok, nak jugeeee masuk gambo. Udahnya bertekak kat belakang tu. 😀

Ni je la gambar yang macam ada rupa semenggah sikit semua orang.

makan-mcD-ayam-goreng- on da way

Dah alang-alang ke McD tu terpaksa la kan beli Ayam Goreng Spicy. Mihmihmih..

Amacam nampak menggoda tak ayam dia? Rasa la pedas dia, rempah dia, dan crunch dia tu. Krup krup gak la makan.

makan-mcD-ayam-goreng- spicy!

Bebudak ni lah yang paling seronok kat situ. Main beramai-ramai kat tempat mainan McD tu. Ramai juga orang tadi kat McD tu. Masa ayah beli makanan diorang main. Dah sampai makanan, makan dlu, then sambung lagi makan sementara tunggu mak makan dengan penuh keamanan menikmati Ayam goreng. Hehehe.

makan-mcD-ayam-goreng - with the kids

Sedap nau la tu gamaknya makan nugget tu. 😀 Sampai tertutup mata. Hahahhaa.

Kat McD tu pon ade McCafe, so mak pon layan la beli Mocha Chips secawan, and beli Muffin Chocolate juga. Sebelum ni pernah beli tapi tak sempat pon merasa makan muffin tu sebab budak berdua tu dok mengadap. Habis terus. Hahaha. This time dapat la rasa. Not bad la kot, Azri la lepas tu perabiskan muffin tu.

Habis sampai ke rambut muffin coklatnya. Mulut ngan bibir penuh coklat..hahaha.

makan-mcD-ayam-goreng-muffin monster

written by beba