28 May, which is semalam la kan. Sekolah Alif ada buat Karnival gitu. Pendek kata Hari Kantin lah. Ada macam-macam aktiviti dan tiap kelas sesi pagi dan petang bergabung buka satu gerai. Kelas 1 Cekal bergabung dengan kelas 4 Cekal. First time experience la untuk Alif event macam ni. Dia dulu tadika kecil-kecilan je, takde la event besar-besar ramai macam ni.

So, untuk karnival ni every student was expected to contribute something untuk jualan pada hari ni. Every student tu maksudnya Mak Pak nye la kan. Hahah.. Dan setelah mak dok pikir-pikir, dan macam banyak je lagi tepung cake yang nenek bawa masa untuk birthday diorang masa bulan 2 hari tu, dannn nenek pon ada kat sini. Mihmih. Jadinya menunya adalah cupcake sahaja. The plan is to make 20 paket of it, sebab dah beli bekas tu 20 pcs, sekalinya macam tak cukup la pulak cupcakes nyaa, jadi mak terpaksa la tambah buat brownies sikit, just untuk cukupkan kuota.

karnival-sekolah-2016- barang jualan

Hehehe..nice kan. First time la aku buat bebanyak macam ni. Nasib baik la gak ade Mak aku tolong. Hahaha. Cepat sikit kerjanya.

So the next day, pepagi lagi Alif dan Anas dah pergi sekolah. Bawa sekali benda alah jualan ni. Ye la kang lambat-lambat orang pon dah balik la pulak nanti. Sia-sia je tak habis ke pe ye dak. Then tak tau la ape diorang buat kat sane, pastu Alif berbekalkan coupon RM20 tu dia lepak la kat sekolah, sebab Anas nak datang amik kitorang.

Ramai juga la orang, mak pak bebudak semua kat situ.

karnival-sekolah-2016-at school

Yang seronoknya siap ade Iron Man ngan Captain America lagi tu datang. Hahaha.. Sempat gak la kitorang pergi bergambar sekali. Boleh tahan juga per entry tu RM 10 ke. Boleh pulak lupa..hahaha. Azri memula excited betul dia nampak Iron Man tu, tapi bile diajak bergambar sama dah tanak dekat-dekat pulak. Adeh. Memacam budak ni. Hahaha.

karnival-sekolah-2016- nenek dan alif karnival-sekolah-2016- iron man datang

Sila ignore gambar Mak yang ntah ape-ape pose ntah tu. Hahaha. Ini je gambar yang masa semenggah sikit rupa dia Azri. Hahahaha. Dia tanak bergambar, dok takut ke malu ke ape ke tak tau lah aku.

Al-kisah coupon RM20 tu abes camtu kat si Alif. Jadinya kitorang kena beli lagi coupon untuk gi bergambar Iron Man tu and also beli sikit makanan. Ye la, nak gak merasa sikit makanan yang ada kat situ. Coupon Alif tu dia beli makanan dan air sikit and the rest dia habiskan gi main kat bouncing castle tu. Sekali main RM5. Adoi..pastu ada hati lagi tu nak mintak suruh belikan lagi coupon untuk dia main lagi kat situ..huu..memang tak dapat dah lah. Hahaha..

karnival-sekolah-2016-the food

Makanan, aku beli laksa and mak aku nak try nasi kerabu. So, itu la rupanya tu ha. My laksa not bad lah. Sedap juga.

Dan, itu je la ceritanya di Karnival Sekolah Alif yang pertama ni. Ye lah. Baru darjah 1 kan. Ada lagi 6 tahun lagi. So next year ape la agaknya nak buat untuk jualan tu. Hahaha..itu next year la fikir ye dak.

So lastly, meh aku belanja satu gambar Mak dan Anak Bujang darjah 1.

karnival-sekolah-2016-mak and alif

Dua-dua pon mata tutup.. hahahahaa. 😀

written by beba