BlogBook #2 Siap!

Ingat tak lagi last time aku post pasal Blog Book ni. Alah, yang aku print blog posts dari blog ni jadi buku tu? Buku pertama yang siap tu ade aku cerita kat post ni: Blog To Book #1

Hari ni aku nak bagitau yang BlogBook #2 dah pon siap diprint. Hihihi.

blogbook2- medium potrait photobook softcover

Kali ni warna Soft Pink pulak. Kalau dah semua hitam je, nanti boring la pulak kan? So aku decide nak buat dia warna warni. Layout dalam dia aku guna style yang sama je macam buku yang lepas. Malas nak fikir..so maintain je concept yang sama. Ada la nampak macam ade kesinambungan gitu kan.. Mihmihmih.

So cam gini la lebih kurang a few pages from the blog book.

blogbook2- inside of the book blogbook2- inside layout

For BlogBook #3, insyaAllah akan diusahakan secepat mungkin. Hahaha.. Voucher ada lagi satu yang expiry datenya bulan 8 nanti.

Kalau ada yang belum tahu lagi and nak tahu aku print kat mana mende alah ni, aku print guna servis Photobook Malaysia. Buku ni namanya  8″ x 11″ Medium Portrait Softcover Photobook. But instead of buat photobook, aku buat blog book aku ni lah. Hehehe. Kalau beli time promo dia murah je. 1 buku 40 pages cuma RM29.90 je. Harga sebenar boleh tahan gak sebenarnya. Hahaha.

Seronok tau baca tulisan kita sendiri dalam buku. Hahaha. Lagi-lagi cerita-cerita lama..tergelak-gelak baca sebab kelakar..hahahaha..ntah ape-ape je kadang tulis time muda-muda dulu..hahahaha.

Okay la. itu je buat masa ni. Nanti bebila aku cerita lagi.

written by beba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>