Micro Block – Lego untuk Mak Budak

Mak budak pon teringin juga nak main lego. Hahaha. Al-kisah hari tu masuk kedai mainan kat dalam mall tu. Biasa la budak-budak ni. Nak ‘tengok’ katanya. Kalau ayahnya mood baik memang la daripada takde janji nak beli mainan pon satgi dapat la sorang satu mainan yang murah-murah tu.

Jadinya terjumpa la pulakkan benda alah Micro Block ni. Kena pula ada Sailormoon. Haha. Mak kan dari kecil dulu memang membesar dengan Sailormoon. Teringin la pula. Dah la bila tengok siap complete semua satu team diorang ni.

Tapi buat permulaan ni beli satu je lah dulu. Ni pon ntah berapa hari benda ni duduk dalam kotak sebelum aku buka dan buat. Tapi bila dah mula tu memang takda la kan nak berhenti dah. Sampai ke siap la benda tu aku hadap.

microblock-sailormoon-01

Ada 220 pcs, kecikkkk cinonet je benda nya. Hahaha. Kalau yang kecil betul tu susah juga lah nak pegang betul-betul dan pasang kat tempat yang sepatutnya. Benda ni siap dengan manual dia macam mana nak pasang. Kalau takde memang sampai ke sudah la tak siap-siap. Hahaha.

microblock-sailormoon-micro block size

Halussss je kan? Hahaha. Dah la jari aku boleh tahan ke’fluffy’annya. Hahaha. Jadi untuk kesenangan diri sendiri, kita sort dulu semua pieces ni ikut warna masing-masing.

microblock-sailormoon- sort by color

Lepas tu boleh la ikut step-by-step yang dah ada tu untuk pasang blocks kecil cinonet ni.

microblock-sailormoon- assemble the blocks

Tak pasti la aku berapa lama aku ambil masa nak siapkan pasang semua blocks ni. Ada la sejam dua ke kot. Hahaha.

Jadinya macam ni la rupanya Sailormoon micro blocks aku ni lepas dah siap dipasang dengan penuh teliti. Gituu..

microblock-sailormoon-done!

Lepas ni boleh la tambah lagi koleksi. Mihmihmih.

written by beba

Please let me know what do you think about this post. :D