Category Archives: On the Net

Project Re-categorizing Blog Posts

Bila dah start balik godek-godek blog ni balik, macam-macam lah yang aku jumpe. Dan macam-macam lah yang aku nak buat. Hahaha. In the end dah tak juga siap-siap nak post new entry kat blog ni. Mihmihmih.

Aku hari tu perasan yang categories dalam blog ni banyak, tapinya ada few categories tu macam alahaiii ada la dalam 1-3 posts je dalam tu. Then macam rasa some categories tu redundant pon ada. Jadinya itu lah sebabnya… Aku decide nak restructure balik categories kat dalam blog ni.

Yeay..bunyi macam banyak je kerja kan. Dah la post dalam blog ni pon ade la dalam 800 lebih kot. Hahaha, bertabah la Mak.

Firstly aku list out balik semua kategori lama. Ada la dalam 26 gitu. Dan dipendekkan cerita, setelah dikaji dengan lebih mendalam. (cewahh 😀 ) Tinggal la 13 categories sahaja including sub-categories. Mungkin akan berubah lagi, work in progress kan katanya. Hehehe.

Some of the categories yang relevant tapi tak banyak sangat post aku convertkan ke tags. Bila dah lama berblog ni baru macam ada kefahaman lebih sikit pasal categories and tagging ni. Hahaha.

recategorizing-blogposts - old to new

Sila ignore tulisan yang macam cakar ayam tu. Hahaha.

Bila tengok macam tu aku nampak gak la apa sebenarnya yang selalu aku ceritakan selain daripada our personal life stories. Jadinya aku akan just concentrate more on ape yang aku suka buat and hopefully my sharing tu akan memberi manfaat kat sesape yang sudi baca blog aku ni.

So mulai sekarang ni aku akan tambah lebih banyak sharing tentang felt crafts, especially currently aku tengah dalam mode ber ‘busy book’ ni. Actually dah lama aku sediakan satu template busy book as freebie for fellow casual crafters cam aku ni. Tapi tu lah, disebabkan lama aku menyepi dari dunia blogging ni, semua pon sunyi sepi la jugak kan.

InsyaAllah, nanti aku akan upload juga more of busy book activity pages yang aku tengah buat untuk Alif ni.

Cerita photobook juga akan diteruskan. Hihihi. Tapi itu cerita lain kali lah. Dah lari tajuk la pulak post ni.

Okay, sekarang ni ada la aku dah create new categories and already moved some posts to their new respective category. But still banyak lagi kerjanya ni. Nak buat satu-satu pening Mak Beba memikirkannya. Hehehe. Tapi terima kasih kepada En. Google dah pon jumpa solutionnya. Sat gi aku cerita. Meh tengok satu gambar dulu.

recategorizing-blogposts

Ini screenshot sket few of the categories yang ada and ape yang aku dah ubah dan buat.

Lepas ni untuk move posts to a new category aku dah pon install satu plugin ni. Bulk Move namanya. Daripada dok buat satu-satu kan. Menangis nak siapkan. Hahahaha..

Dan juga lagi satu plugin penting kita kena ada kalau nak re-categorize balik blog posts ni, lagi-lagi kalau kita guna Permalink: category/postname, is this plugin, Redirection . Gunanya plugin ni ialah dia akan auto-redirect user yang click link post lama kita ke link yang baru.

Penting sangat-sangat ni tau. Sebab kalau kita tak redirect nanti sesiapa yang klik ke link lama kita akan dapat tengok 404 error page je nanti. Rugi tau. Google pon nanti takut dok penalized plak blog kita sebab banyak sangat broken links. Kalau pandai edit file .htaccess sendiri pon boleh juga. Cuma kalau beratus posts tu better la guna plugin je. Senang pon senang. Hehehe..

Dan, itu je lah yang aku nak bagitau kali ni.

p.s: Sunyi betul blog ni sekarang. Rindu zaman dulu ada ramai kawan-kawan datang melawat..hehehe..

 

 

 

800 posts…

blog beba-anas: 800 posts

800 posts..wohoo… sikit je kot kalau banding ngan blogger tegar..hahaah.. aku last few years la tahun bile ntah.. ada la tegar gak..hari2 at least mesti ade satu update.. masa tu Nuffnang pon masyuk..hahaha.. sekarang ni kadang sebulan tu nak up kan satu post pon berterih..hahaha.. pemalas sungguh. Banyak gile hutang posts pasal Azri. Pasal Alif pon dah lama gak tak post ape2.. huu..

Blog aku ni aku tengok trend nya yang selalu orang masuk kat post macam resepi-resepi simple yang aku share. Resepi macam resepi simple for breakfast ke and lately macam dok share recipes biskut la kek la ape yang aku dok rajin try tu..hehehe..sejak dua menjak ni sebab ramai search resepi kuih raya pon glemer gak la resepi biskut coklat chips nestum aku tu.. 😀

top 10 post blog beba-anas

Lagi satu yang glemer sket pasal tutorial DIY goodie bags for birthday tu..

Jadinya saje je lah aku highlightkan bab simple recipes and diy segala ni kat navigation menu blog ni atas sinun..sekarang ni tengah dok merajinkan diri nak tukar template baru..hehehe..design semua dah setel dah tengah dok tengok coding..Ok lah..tu je..

p.s: Hari ni cuti beraya dah..hahaha..semalam ngan dua hari lepas dah beraya dah..tak larat dah haa..hahaha…

p.p.s: Post untuk hari raya tak up lagi ni..hahaha…sabo je lah..

Operasi Blog – Update video-video lama..

Blog ni dah lama sangat terbiar..rupanya banyak video-video yang dah tak boleh nak view. So bebaru ni macam aku dok buat operasi lah.. Tak siap pon lagi sebenarnya operasi ni..hehehe.. still dalam progress. Sebelum ni video macam merata-rata sikit. Ade yang upload kat blog ni, ada yang kat facebook jugak. So this time untuk bagi organized sikit aku uploadkan semua kat satu tempat je, kat Youtube. Siap create channel lagi tu..hehehe.. Silalah lawat channel Youtube saya ye..

blog beba & anas on youtube

Seronok gak tengok video-video lama Alif..hehe..ade satu ni video dia dok cakap2 aku edit jadi ucapan hari raya. Alang2 hari raya pon tak berapa hari lagi ni meh aku letak kat sini gak videonya. The original post ade kat sini: En. Alif pon nak ucap ‘Selamat Hari Raya’.

Ada lagi post-post yang blom siap lagi upload and update link video baru..slow slow asalkan siap..hahaha..lepas ni kita up lak video Azri.. Ade few posts dah berabuk dalam draft yang nak upload video Azri..kalau tengokkan post pasal Azri bule kira lagi ngan jari..hahha..mak nanti kena gigih qada’ balik semua post yang patut buat untuk Azri..huu.. GO GO mak.. tu lahh..sape suruh malas update blog.. :p

Okeh..tu je for now.. Nanti sambung lagi.. 😀

Template WordPress Baru.. :D

Hari ni macam “TER” rajin la pulak..so bukan je ade 2 post dalam sehari ni…siap tukar template lagi..hehehe..

Ok ke? Actually ni tukar template malas2 je..sebabnya..just tukar warna je..dan tambah background image..and then header tu tambah letak nama Azri..gambar budak kartun tu memang dah ade..hehe..gambar recycle..so gini lah hasilnya..pakai warna macam pastel gitu.. hehehe..

Tukar template wordpress baru

suke plak mak dok upload gambar Azri pakai baju bumble bee ni.. 🙂

Ok lah..itu je lah..dok merapu je tak tentu pasal aku ni..maybe sebab kelaparan kot..hahaha..