Hadiah Hari Guru untuk cikgu-cikgu Tadika ABS Kota Kinabalu

Ni je. Hahaha. Boleh la tu kan. Dapat lah cikgu-cikgu Alif merasa sepotong sorang brownies coklat sedap ni. Hahaha. Puji diri sendri lak buat brownies sedap. :p

Nasiblah ade lagi plastik tu yang guna untuk buat goodies masa birthday Alif 4 tahun. Kertas rainbow tu pon sama la tu, yang guna buat goodies bag DIY dlu tu.

For a little bit of personal touch, Alif tulis sendiri kad ucapan tu untuk cikgu2 dia. For a 6 years old boy OK kot agaknya tulisan dia tu? Hehehe. Tak tau la aku.

Ok la. Tu je ceritanya pon. Since 16 Mei tu jatuh on hari sabtu. So advance la sehari esok dapatnya. 😀

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru. Terima kasih,cikgu!

Dapur Beba

Semenjak dua menjak ni kalau korang one of my friend kat FB mesti korang perasan aku dok asik post pasal makanan je kan. Hahaha. Jangan tak tau, dah siap pandai ade hashtag dah. Silalah check out hashtag saya #dapurbeba ye. Kat FB and Instagram.

Tak pon kalau ade resepi yang aku rasa macam menarik and nak try ntah bile la tu kan. Korang boleh tengok hashtag #resipidapurbeba. Disebabkan aku ni kan bukan jenis yang rajin sebenarnya. Most of the resepi boleh dikategorikan as senang and simple je. Kalau yang nampak complicated tu maybe aku berangan je nak buat sebab aku suka makan mende tu. Hahaha.

Aku pon tak sure ntah sejak bila aku rasa macam fun pulak dok membaking ni. Tapi aku still tak rajin nak masak lauk. Hahaha.

  

Some of hasil2 dari #dapurbeba untuk tahun ni. Hehehe. Maybe kalau orang kenal aku dok rasa aku ni dok kena sampuk kot. Tetibe je. Hahahaha.

Lagi satu sekarang ni dok minat tengok orang buat bento comel2 tu. Walopon aku takde la buat comel mana. Buat simple2 je tapi Alif suke la pulak kalau aku buat bento tu. Hehehe. And dia macam interested nak try different kind of food jugak. Ade gak yang tak berjaya pujuk makan. Tapi ade gak yang berjaya. Kadang ade syarat dia nak makan. Contoh carrot kalau gulung2 dalam telur dadar ke boleh makan. Or carrot masuk dalam masak kicap sampai lembut tu boleh lak makan.

Last time ade aku buat patty pakai crab filamen tu suka pulak dia. Padahal mende crab tu dia tak suke. Hahaha. Takde la aku bagitau kan origin menda alah dia makan tu. Siap letak capsicum lagi dalam tu.

Lain pulak kekdahnya Azri, dia ni ape je lah ko suap kompom dia makan. Hahaha. Ape je yang kitorang makan yang dia tak makan. As long as homemade takde letak extra cukup rasa ke pe time masak. Kitorang bagi je makan. Time Alif dulu macam banyak sangat restriction gituuu. Tu yang dia jadi picky tu. Salah mak gak lah kann. Hehehe.

Nah da lama tak update sekali update menjela kot. Hahaha. Ok lah. Tu je lah cerita aku.

KFC Delivery Pon Dah Boleh Order Online Gituuu..

Hari ni saje je dok nak try order KFC online pulak. hehehe. Gigih tu aku message customer support diorang untuk registerkan alamat kitorang sebab aku search tak jumpa. Took them around 2 days gak kot tapi memang terus diorang registerkan and isi alamat ngan info semua siaplah. Tinggal aku login and buat order je. Lama gak da lah. Tapi baru hari ni nak cuba. Hehehe.

So. Tadaaaa.

Hehehe. Sampai depan pintu rumah hantar haa. Ini pon first time lah kitorang order delivery from KFC. Selalunya memang Pizza Hut je lah.

Kalau korang nak order KFC online gak bule gi kat website diorang: http://www.kfcdelivery.com.my/

Tapi mode of payment Cash sahaja. Takde lak online banking. Maybe sebab baru lagi kot. Nanti ade la tu kot.

Okay lah. Tu je.

First Homemade Birthday Cake for Dak P..

Happy Birthday Dak P!

Alhamdulillah another birthday yang kita sambut bersama. Hehehe.

Kali ni no fancy presents yang boleh aku bagi dak p sebab da setahun lebih kottt aku tak buat kerja design. Duit belanja yang dak p bagi pon memang guna untuk yang wajib2 je. 

Jadinya semua pon homemade sajeeee. Baru-baru ni tetiba ntah kenapa aku macam jadi TERrajin pulak nak baking2 bagaikan. So da alang2 tu kenalah kan buat birthday cake sempena birthday en. Laki saya ni.

Alhamdulillah. Menjadi kek saya. Hahaha. And for the first time aku cuba untuk decorate sekali kek. Of course lah takde la cantik mana. Tapi boleh lah tahan for a total newbie.

Gini lah hasilnya. And itu adalah laki saya yang potong kek pada pukul 3 pagi. ^_^;

 


Dan siap kad birthday jugak sekali. Pon buat sendiri. Handmade gitu. With LOVE! Hahaha. Cuma kertas kad A4, red sticker felt beli kat daiso dan pen hitam mata tebal and fine.  Pastu conteng2 je lah mana yang mampu.

Alif pon join gak sekali buat kad untuk ayah dia. Aku biarkan je dia nak buat ape. Hahaha. Ntah ape dia letak lah. Nak lukis spider lah. Letak yacht lah ship lah. Nak ade laut. Satgi nak lukis ape sea creature ntah. Pastu dok tampal2 buttons. Aku tolong dia gunting felt stickers tu je. Ni lah rupe dia.

 
As for tulisan dia tu. Heehe. Skang ni tengah dok berlatihan intensif la konon2 nya. Hahaha.

Kek tu pulak sebab kitorang takde bekas kek yang proper terpaksalah pakai pinggan makan je so aku potong kek tu nak bagi muat sebelum deco2. Yang lebih kek tu jadi la gini plak.
 
Aku letak buttercream yang banyak gileee extra (guna sikit je untuk deco2) kat tengah. Stack kek tu jadi 2 lapis then sapu penuh buttercream atas tu. Somehow buttercream ni tak popular kat umah ni. But aku bersyukur sebab aku suka makan kek ngan buttercream ni. So aku la dok perabehkan. Hahaha.

So Dak P. Saya harap awak suke ngan kek and kad tu. Itu je yang mampu saya bagi untuk awak. Maybe next year kalau ade rezeki lebih saya bagi awak hadiah best sikit. Hahaha. Luv u tau. :p

Welcome 2015.

Wow. Kejap je rasanya, macam baru je buat post tapi rupenya da berabuk 10 inci blog ni. Hahaha.

Alhamdulillah, Allah bagi peluang lagi buat kami untuk bernafas di bumi ni. Ntah kenapa ayat aku tetibe skema lak ni. Haha. Dah lama sangat agaknya tak buat blog post. Ntah ade ke tak lah lagi agaknya yang still bace blog picisan aku ni kan?

Kepada sesape yang masih setia tu terima kasih banyak2 sebab sudi bace. Kepada yang tetibe termasuk kat blog ni sebab tercarik something ke. Terima kasih jugak dan selamat datang. And seriously I should stop merepek ntah ape2 ni. Hahaha.

Jadinya, sempena tahun baru 2015 ni diharapnya aku akan jadi lagi rajin nak update blog. Lagi2 pasal anak kecik comel saya yang no.2 En. Azri tu.

Sorry ye Azri. Nanti mak qada semua cerita and progress Azri ek. InsyaAllah.

So next month on February. Azri turns 1 and abang dia Alif dah pon 6 tahun. Kejap je masa berlalu. Dah besar panjang anak bujang aku yang sorang tu.

Sebab dah lama tak tulis blog semua pon aku dok cuba sumbat kat post ni. Hahaha. Okay lah. Itu je for now. Nah gambar anak2 bujang saya. Pagi2 masih bacin on 01.01.2015.

IMG_2817.JPG

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

IMG_1399.JPG

Tanggal 31, bulan 8, 57…

Huih. Semangat Azri nak sambut merdeka ni. Hehehe.

Dak P sambut Merdeka pagi nanti kat atas Gunung Kinabalu la kot. Mesti dah start panjat naik gi Low’s Peak dah ni.

Nenek Kajang plak ngan maksu and makcik Kinah dok ronggeng kat Langkawi.

Kitorang? Lepak rumah je laaahhh. Hehehe.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!