Reminiscing the Good Old Days.

Pernah dulu, satu masa dahulu, blog ni boleh dikatakan mempunyai pembaca yang agak boleh dibanggakan. Hahaha. Tak lah banyak. Tapi tetap ada. Bila ada post baru mesti ada yang baca dan bagi komen. walaupon sebaris. Seronok juga hati kecil aku ni. Tak kisah la kan walaupon yang komen tu suami sendiri. Tapi sekarang ni En. Laki aku pon dah tak rajin nak komen pon kalau ada post yang aku buat. Baca pon tidak gamaknya. Hahaha.

Sekarang ni memang sepi blog ni. Aku sendiri pon susah benar kalau nak buat satu post pon, jangan kata satu sehari, satu post seminggu pon payah. Nak buat satu post sebulan pon macam dah tak juga ni. Adeh. Mood nak mengarang tu macam dah melayang ke mana ntah. Padahal dulu ada satu masa aku memang wajibkan diri untuk buat satu post satu hari. Tak kisahlah samada panjang atau pendek. Yang PENTING, mesti ada.

Ke manakah semangat yang aku ada suatu masa dulu tu? Aku pon masih lagi tercari-cari.

Seronok sebenarnya berblog ni. Walaupon aku cuma blogger picisan, yang cuma bercerita tentang perkara-perkara biasa. Perkara yang aku rasa perlu aku simpan sebagai memori, yang boleh kami sekeluarga rujuk di kemudian hari.

Bukan semua benda kita boleh ingat kan. Dengan berblog ni, aku boleh cari balik tentang pengalaman lalu yang macam dah samar-samar je dalam ingatan ni dan baca semula.

Banyak memori, banyak cerita terutamanya berkenaan budak-budak ni yang nak ditulis. Terutamanya Azri dan Adam. Terlalu sedikit cerita tentang budak berdua ni. Maafkan Mak ye. Huu. Abang Alif dulu memang zaman kegemilangan Mak berblog. Memang tak putus cerita setiap perkembangan Alif.

Moga semangat aku untuk kembali berblog ni akan datang semula. InsyaAllah. Gambar di kala rajin menulis. 

Ntah apa lah yang aku tulis bulan April 2010 tu. Hahaha. Sampai 40 posts kot tu. Hahaha.

Aktiviti Meniup Habuk.

Wow. Dah lama sangat ni aku tak update blog. Bukan setakat tak update je, buka menjenguk blog ni pon tak. Hahaha. Makin bertambah lah hutang-hutang post yang kena buat ni. >.<

Mungkinkah lepas ni aku akan rajin balik menulis di sini? InsyaAllah la kot. Banyak sebenarnya nak share. Tapi semenjak dua tiga tahun ni ntah mana ntah pergi segala semangat berblog yang ada dulu. Kawan-kawan dulu yang sama-sama berblog pon ada yang dah maju ke depan, dan ada juga yang dah sama hanyut macam aku. Hahaha.

Post hari ni pendek je, cuma untuk meniup sedikit habuk-habuk yang dah bertimbun ni.

InsyaAllah lepas ni akan ada kategori baru di blog ni. Mihmihmih..

latest-addition

Semoga Mak Beba lebih bermotivasi dan konsisten untuk berblog selepas ni. InsyaAllah. 🙂

p.s: It’s time for a blog makeover! Mihmihmih

Jom Beli Sabun Rose Chempaca ni.

Ada banyak kali gak la aku nampak kawan-kawan aku dok recommend sabun Rose Chempaca ni. Katanya memang elok kalau nak buat cuci kasut sekolah budak-budak yang berkelarah tu. Hahaha. Kalau Alif ni tengok kasut dia memang lah beristighfar panjang. Dah dicuci pon hitam lagi. Untuk baju sekolah putih tu pon elok katanya. Bab baju pon sama je lah rupanya dengan kasut dia tu. Hahaha. Dah tak putih dah.

Jadinya hari tu aku macam decide, ‘Argh, nak kena beli ni, sabun ni. Cuba dulu,kalau elok nanti bersih, putih berseri balik baju dengan kasut Alif’. Dan mulalah episode pencarian aku mana nak beli Sabun Chempaca Rose kat Kota Kinabalu ni. Mula-mula tengok kat instagram, macam tak ada. Lepas tu aku google pulak. Alhamdulillah, jumpa yang menjualnya kat FB.

Kat sini dia jual satu pek 1kg tu RM23. Siap boleh COD bagai. Jadinya aku cakap kat Dak P, aku suruh orang tu hantar kat office dia je la.

Jadinya…taraaa..

sabun rose chempaca kota kinabalu

Dah ada pon kat rumah. Aku beli yang bau rose ni. Sebab ramai yang recommend bau ni.  Dan rupanya mak aku pon ada beli juga sabun ni.

Kasut Alif masih lagi terendam. Kejap lagi aku pergi tengok apa ceritanya. Hehehe.

Owh dan kalau ada warga kota kinabalu yang mencari mana nak beli sabun rose chempaca ni boleh tengok FB page ni: Sabun Champaca & Rose KK

 

Seminggu yang Mandom..

Aku tengok seronok betul kawan-kawan post pasal pergi open house, makan sedap-sedap. Jeles pon ada. Ye lah. Bab makan ni memang aku suka. Hahaha. Tapi tu lah. Dah seminggu juga la kitorang ni melepek kat rumah.

Kata doktor kena demam viral. Ye la tu gamaknya. Pembawanya ialah tak lain tak bukan ialah Si Ayah bebudak ni.

Lepas tu dapat ke aku. The next day, Alif pula kena. Azri masih lagi berjaya mengelak dari berjangkit. Berjemaah la kitorang gi klinik.

Get Well Soon - nasihat Azri

Survivor kita bagi nasihat suruh jaga kesihatan. Hahaha. Tapi lepas tu dalam sehari dua dengan dia pon kena sekali. Dah join melepek bersama-sama.

Dia pula lepas tu pergi klinik ambil ubat juga. Tekak dia dah merah dah. Dah la budak sorang ni memang dari kecil sampai la sekarang ni memang susah bagi makan ubat. Tapi hari tu kesian juga aku tengok dia. Walaupon meleleh-leleh air mata dia tapi dia bukak juga mulut makan ubat tu. Bagus anak aku ni. Hehehe.

Get Well Soon

Kalau dah satu rumah semua sakit memang sunyi je rumah, rasa down je. Gelak ketawa pon dah tak dengar dah. Ni dah seminggu ni at least Alif dah ok la tu kot walaupon belum sihat betul lagi. Dah lama sangat pula dia tak pergi sekolah.

Aku cakap ngan Azri, dengan minyak garlic and letak air lemon bagai ni kalau masuk oven sedap ni. Hahahaha..

Dalam seminggu ni dia macam penyakit tu pusing-pusing gitu..taknak pergi completely. Azri macam 2 hari lepas first demam tu dia macam dah ok. Tinggal sikit je ade batuk gitu. Then semalam tetibe macam naik balik demamnye. Alif pon gitu.

Tu lah al-kisah kami yang terkini. Kepada kawan-kawan yang sudi baca cerita mandom aku ni terima kasih la ye. Tolong doakan kami sihat secepat mungkin. Mandom sungguh hari-hari kami ni. Hehehehe. Moga Allah berikan kita semua kesihatan yang baik. InsyaAllah. Amin.

Raya Aidilfitri 2017 – Part 2

Bersambung lagi cerita Raya Aidilfitri kami sekeluarga untuk tahun 2017 ni. Kalau kot korang belum baca lagi part 1 boleh la baca kat sini: Raya Aidilfitri 2017 – Part 1. Post sebelum ni cover cerita dari malam raya hinggalah raya ke-2.

So untuk post ni cover untuk hari ke-3 dan seterusnya. 🙂 which is tak banyak cerita pon. Hahaha.

Raya ketiga ni, geng Beranang, nenek, atuk, mak pak saudara dan sepupu semua ramai-ramai kitorang raya ke Labohan Dagang. Memang antara aktiviti tahunan juga ni. Ada la juga kadang-kadang missed. Hahaha.

Tapi tak rajin la pula kan nak bergambar. So ada la sikit gambar ni je ha. Tapi ada satu video Azri yang memang wajib simpan dalam blog ni. Hahaha. Nanti lepas tunjuk gambar ni karang.

On da way dalam kereta tu biasa je bebudak ni. Aman gak lah sebab ayahnya bagi main handphone sorang satu. Jarang gak dapat ni. Macam special occasion la tu. Mentang-mentang raya. So mak kasi la tutup sebelah mata je. Mak pon biasa la. Dalam kereta takda benda nak buat apa lagi. Amik la gambar selfie sekeping dua. Hahaha. Azri pon elok pulak dia pon join sekali kat belakang tu. Hahaha.

raya-2017-ii- mak selfie dalam kereta

Sampai je sana, salam-salam semua duduk la mengadap kuih raya. Haha. Biasa kalau kitorang pergi rumah kat sini memang wajib diorang jamu makan nasi lauk yang memang terbaik sedap punya. Hahaha. Tak pernah la tak sedap makan kat sana.

Sambil menunggu main course, sempat lagi dok selfie laki bini. Ni pon agenda jarang berlaku. Hahahaha.

raya-2017-ii- selfie laki bini

Kamera sape la blur semacam gambar ni. Hahaha. Ntah apa-apa je kan gambar yang ambil time raya ni. Tak melambangkan raya langsung. Hahaha.

Okeh ni pulak gambar bebudak ni dengan dua pupu diorang. Yang perempuan berdua ni anak sepupu aku si Yatie. Tiqah dan kakaknya Iqin.

raya-2017-ii- the cousins

Kali ni nak belanja satu video Azri menyanyi. Hahaha. Lagu ni aku tak tau la mana dia dapat. Aku pon tak dapat nak detect dari mana asalnya dan ape maksud perkataan tu. Banyak kali dah aku tanya Azri. Dia pon tak tau ape maksud perkataan yang dia nyanyi tu. Hahaha. Tapi memang wajib simpan la video ni. Kenangan tu. Hahaha. Dah besar esok tunjuk balik kat Azri. Hahaha.

Selepas kitorang selesai menjamu selera, dah kenyang perut suka hati serta dah bersalam-salaman dengan tuan rumah. Masing-masing pon menghala balik ke rumah atau pon ke destinasi yang lain. Kitorang sempat melencong pergi mall sekejap. Hahaha. Jalan-jalan cuci mata.

Fast forward to next the Sunday on 02.07, disebabkan aku dah nak balik and itu la last weekend yang ada. Jadinya mak aku buat open house hari ahad tu. Alhamdulillah, meriah la juga. Ramai kawan-kawan yang sudi datang. Terima kasih. Hehehe.

raya-2017-ii- open house with friends

The usual bunch. 😀 Kawan-kawan aku dari zaman SMSS. May our friendship last forever. Gitu. Hahaha.

Bawah ni gambar Azri dan Azri. Hahaha. Memang wajib la kena amik gambar sesama bile berjumpa diorang berdua ni. Mihmihmih.raya-2017-ii- azri meets azri..again

Jadinya. Ini je lah cerita Raya kitorang untuk tahun 2017 ni. Terima kasih kerana sudi membaca. 🙂

 

 

 

Raya Aidilfitri 2017 – Part 1

raya2017- selamat hari raya aidilfitri

Alhamdulillah. Syawal tahun ni kami semua sambut dengan keluarga di Kajang. Sama seperti tahun-tahun yang lepas, di taman perumahan di rumah keluarga di Kajang memang ada buat takbir rumah ke rumah pada malam raya. Tahun ni awal pulak giliran rumah kami. Memang setiap tahun juga memang akan buat hidangan sikit untuk dijamu kepada yang datang. Nasib baik lah tahun ni buat simple je, sebab macam tak ramai pula yang datang. Tapi takpe rezeki orang rumah la kan. Mihmihmih..

raya2017 - hidangan untuk yang datang takbir

Popia goreng memang tak pernah mengecewakan..hehe..marvelous..marvelous.. Hahaha. Malam raya tu saja je lah record video Azri suruh dia ucap Selamat Hari Raya. Agak struggle gak la dia nak menyebut perkataan tu. Haha.. Silalah tengok video kat bawah ni.

Jom sambung pula cerita hari pertama Raya Aidilfitri 2017 ni,

Tahun ni tema raya pertama kami sekeluarga pakai jubah warna dusty pink, dan untuk kaum adamnya pakai baju melayu macam warna coklat maroon la cam gitu lebih kurang warna nya.

raya2017 - keluarga en mael

Alhamdulillah, semua pon dapat berkumpul tahun ni. Complete cukup semua. Hehehe..

Macam biasa tahun ni raya pertama kitorang kat rumah nenek je lah di Beranang. Lepak makan dari siang sampai ke malam. Hahahahaha. Menu hari pertama raya of course la kena ade ketupat, lemang, kuah kacang, rendang ayam dengan rendang daging. Tak sah kot kalau takde. Kurang je feel raya tu. Mihmihmih.. Tapi my favourite tetap ketupat, kuah kacang dan rendang daging. Ntah kenapa memang aku tak gemar makan lemang ni.

Esoknya tu untuk raya ke-2 masih lagi ke rumah nenek di Beranang juga. Kitorang beraya sekitar tu lah, rumah-rumah saudara yang dekat situ. Untuk hari ni kitorang berempat je la pakai theme biru gitu.

Alif mana ntah la masa kitorang ambil gambar ni. Jadinya takde la dia dalam ni. Hahaha..Gambar time raya pon tak ada yang rajin nak ambil. Jadinya takde lah gambar ke pe nye untuk hari raya ke-2 ni. Malam gak baru kitorang sampai ke rumah.

Dah tengah malam pukul berapa ntah, bebudak ni semua pon dah tidur, jadinya kitorang berdua keluar kejap gi mamak. Hahaha..letih makan ketupat rendang je dua hari ni. Dok pekena teh tarik ngan maggi goreng telur mata pulak. Hahaha.

raya2017- maggi goreng telur mata

So berakhirlah cerita bahagian pertama Hari raya kami untuk tahun 2017 ni. Nanti sambung pula bahagian kedua. Tak nak bagi panjang sangat post ni. Hehehe.