Category Archives: Our Life Stories

Pergi Makan Ayam Goreng McD

Seriously, aku pon tak tau kenapa tetibe macam hot gila cerita pasal Ayam Goreng McDonalds ni kat Facebook. Sebab serasa aku memang dah lama gila dah kot McD jual ayam goreng. Aku ingat lagi dulu aku makan kat KL Sentral, masa tu masih muda remaja single mingle. Hahahaha.

Jadinya semalam, sempena cuti Good Friday kitorang bawa bebudak ni gi McD. Masa on day way ke McD tetiba Maknye pon datang mood gedik nak berselfie, dah bebudak ni pon sebok, nak jugeeee masuk gambo. Udahnya bertekak kat belakang tu. 😀

Ni je la gambar yang macam ada rupa semenggah sikit semua orang.

makan-mcD-ayam-goreng- on da way

Dah alang-alang ke McD tu terpaksa la kan beli Ayam Goreng Spicy. Mihmihmih..

Amacam nampak menggoda tak ayam dia? Rasa la pedas dia, rempah dia, dan crunch dia tu. Krup krup gak la makan.

makan-mcD-ayam-goreng- spicy!

Bebudak ni lah yang paling seronok kat situ. Main beramai-ramai kat tempat mainan McD tu. Ramai juga orang tadi kat McD tu. Masa ayah beli makanan diorang main. Dah sampai makanan, makan dlu, then sambung lagi makan sementara tunggu mak makan dengan penuh keamanan menikmati Ayam goreng. Hehehe.

makan-mcD-ayam-goreng - with the kids

Sedap nau la tu gamaknya makan nugget tu. 😀 Sampai tertutup mata. Hahahhaa.

Kat McD tu pon ade McCafe, so mak pon layan la beli Mocha Chips secawan, and beli Muffin Chocolate juga. Sebelum ni pernah beli tapi tak sempat pon merasa makan muffin tu sebab budak berdua tu dok mengadap. Habis terus. Hahaha. This time dapat la rasa. Not bad la kot, Azri la lepas tu perabiskan muffin tu.

Habis sampai ke rambut muffin coklatnya. Mulut ngan bibir penuh coklat..hahaha.

makan-mcD-ayam-goreng-muffin monster

Incoming search terms:

  • ayam goreng mcd (1)
  • makan ayam mc d (1)

9 years and counting.

Alhamdulillah.

Semalam 04.04.2017 kami berdua (Beba dan Anas) berkesempatan menyambut Wedding Anniversary kami yang ke 9 tahun. 🙂 Kejap je rasanya masa berlalu. Ye lah. Anak sulung pon dah darjah 2. Hehehe. Adiknya dah pon 3 tahun.

Lama betul kan aku tak update blog ni. Kononnya nak active balik di dunia bloging ni. Hahaha..tapi tu lah. Cerita bukan takde. Macam-macam cerita ada kalau nak diupdate. Cuma bab nak edit gambar tu rasa malas. Hahaha. Nanti akan ku bayar hutang-hutang blog post 3-4 tahun lepas (janji pelesu)..hahahahaa..Okay lah. Berbalik semua kepada tajuk kita.

Sebenarnya Mak aku ada kat umah kami. Saja je dia datang. Mati kutu gak la kot Mak aku kalau duduk sini. Hahaha..patah kaki dia. Kalau kat Kajang nun, ada macam-macam aktiviti dia. But I’m happy she’s here. Ada geng borak-borak gosip terkini..hahahaha.. Anas boleh je diajak bergosip tapi ye la. Lain sikit gosip orang pompuan ngan gosip orang lelaki ni. :p Kesimpulannya cuma nak cakap. Sebab Mak ada sini dapat la tolong tengokkan Azri sekejap. So kami berdua je keluar.

Alkisah, semalam lepas balik appointment ngan doctor (disclaimer: no, I’m not pregnant or anything..hahaha..) sempat la kami berdua ‘dating’ sat, celebrate gitu. Pergi makan kek. Singgah masuk 2-3 kedai kat mall tu. Jalan-jalan sambil pegang tangan. hahaha..lama dah kot asik jalan keluar pegang tangan anak je.. 😀

Boleh pulak Anas siap dok record video. Hahaha..segan acik tau. At the end of our ‘date’ dia bagi aku video siap dia edit. Haha..Looking at the video, I’m sure I looked like one happy woman who is still in love with the same guy for 9 years. 😀 Mihmihmih.

p.s: Dear dak p, I love you.

Azam Mak Beba untuk Blog ini – 2017

Alhamdulillah.

Dah 23 hari dah kita di tahun 2017. Tapi Acik ni ha baru lah nak buat first post untuk tahun ni. Hihihi. Maafkan saya ya.

Bukan apa cuma tahun lepas memang agaknya mood tu takde kot nak menulis, tapi sebenarnya banyak sangat yang aku nak cerita. Ye lah kan, for me this blog is kinda like a diary where I wrote everything that happened in our life. Kalau macam teringat something tapi dah lupa details cuma search je lepas tu boleh baca balik apa sebenarnya terjadi. Best kan camtu.

Jadinya azam aku tahun ni untuk blog ni ialah untuk bayar balik semua posts lama yang sepatutnya aku tulis. Mostly about my cheeky little Babyguard, Si Azri. Kesian tau dia. Cerita pasal dia sikit sangat. Huu..

Selain dari tu aku juga nak share tentang crafts, mostly felt crafts lah kan sebab aku ada masa rajin nak buatkan busy books and stuffs untuk bebudak ni. I even made a template to share with you guys. Cuma belum ade kesempatan nak buat post nya je.

post-list-hutang

Antara yang dalam list..fuh..poning acik..hahahaha. Tu belum lagi kena hunt for all the related pictures and editing it. Harap Mak bertabah lah. Itu lah kan. Salah siapa dok bertangguh kerja. Ni la makanan dia. Post from 2013 ada sikit, 2014 berderet, 2015 nanti kena listkan pulak. Hahahaha. 2016? Wowwi. Korang jangan ikut tau perangai aku ni. Teruk sangat ni. Mihmihmih.

Lepas ni kena start buat design untuk rupa baru blog ni pulak. Masih simple juga, minimalist design. I love it that way. Hihi. Okay lah. Dah cukup la tu untuk hari ni. Itu la kan. Bila dah start menaip tu melalut lah macam-macam. Kalau tidak sunyi sepi nak dekat setahun. Hahaha..

Wish me luck kay guys. Walaupon aku maintain blog ni atas dasar peribadi, but knowing that ada yang sudi membacanya buat hati ku gumbira. Hahaha.

Raya-raya Kajang 2015

Tahun ni turn beraya di Kajang. Ntah macam mana tahun ni kami berjaya lari dari tema pelangi untuk pertama kali nya.. Hahahaha.

Selalunya memang masing-masing pakai je lah warna apa nak pakai. Tapi tahun ni ala-ala sepakat membawa berkat gitu. Semua pon pakai warna purple untuk lelaki. Perempuan pula pakai jubah warna baby blue + purple.

First time tau. Hahaha..

raya2015- family picture

Azri lak buat spoil gambar je..TIDO! hahaha..ape yang letih sangat tu ntah lah. Semua gambar dia pon tido je. Gambar kat atas ni memang semua la kami-kami ni. Family masih kecil lagi. Ramai lagi yang single ni. Hihihi..kalau ade yang berminat boleh la contact kakak sulung diorang ni. Hahahaha..raya2015- family picture - girls only

Yang ni gambar perempuan-perempuan saja. Yang masih single yang pertama duduk belah kiri tu, tapi yang tu sekolah lagi. Hahaha..so not available. Yang belah kanan sekali tu ok. Kat row depan lak. Yang kiri sekali pakai spek tu pon single. Yang berdua lagi tu jangan kaco. Mak orang dah tu. Hahahaha..raya2015- family picture - boys only

Ni pulak gambar yang lelaki-lelaki. 😀

Okay lah..itu je celoteh pendek Mak Beba hari ni. Hihihi..