Category Archives: Crafty Artsy Stuff

Hadiah Hari Guru 2016 – Alif darjah 1

Tahun ni ramai pula cikgu-cikgu yang nak kena Mak sediakan hadiah. Hahaha. Time tadika dulu ada la berapa orang je cikgunya. Kali ni hari guru berbelas terus kena buat. Adeh. Jadinya terpaksa la mak letak bajet rendah je untuk hadiah Hari Guru tahun ni.

Mula-mula aku tanya Alif, who is your favorite cikgu? Ada la dia sebut few names, lepas tu aku tanya la lagi, Alif nanti nak bagi hadiah hari guru kat berapa orang cikgu ni? Aku cakap kat dia, nanti Alif bagi mak list nama-nama cikgu yang Alif nak bagi hadiah.

Sekali kaauu..panjang list dia. Hahaha. Termasuk la cikgu sekolah pagi ngan petang.

Aku browse kat Facebook macam nampak katanya cikgu-cikgu ni suke kalau bagi pen ke atau apa-apa la alat tulis ni sebab dah diorang pon memang kena beli pon. Banyak nak guna. Jadinya since mak nak kerja senang, Haa, bagi je la ball pen biasa warna merah, hitam ngan biru.

hari-guru-2016 - idea hadiah hari guru

Kalau pen je kang boring la pulak kang. Haha. So aku buat je la Brownies Sedap Senang aku tu, and pack cecantik sikit nampak menarik. Bekas tu dan red polka dots wax paper tu aku beli kat Daiso. Dan untuk personal touch dari Alif, aku suruh dia buatkan kad ucapan Hari Guru untuk cikgu-cikgu dia. Simple je. Aku potongkan kertas A4 kepada 2 bahagian then lipat kat tengah and suruh dia tulis. Aku bagi la satu contoh ape dia nak tulis. Then bagi dia stickers macam-macam bentuk tu, suruh dia lekat je ikut suka dia. Hehehe.. Setel.

Ok kan? Lepas tu just assemble je la macam gambar kat atas tu. Final look dia. Senang Alif nak bagi kat cikgu-cikgu dia.

Harapnya cikgu-cikgu suka. 😀

Incoming search terms:

  • hadiah hari guru diy (2)
  • hadiah hari guru (1)
  • hadiah hari guru yang simple (1)
  • idea hadiah hari guru (1)

Quiet Book for The Kids – Siap!

Alhamdulillah..siap ponnnnnn quiet book saya ni..last time buat project felt sampai setahun baru nak siap..hahaha..kali ni macam bagus la sket kan..

Secara keseluruhannya saya sangatlah berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya ni.. hihihi.. takde la kemas mana, newbie la katakan..tapi boleh tahan la kan.. So kat bawah ni lah rupa quiet book or busy book no. 1 bebudak ni.

quiet book for kids - cover page

Untuk front cover aku buat simple je..cheat habis lah..hahaha.. dan aku tak guna felt untuk cover page but PVC sheet instead. Sebab ikut pengalaman aku yang lepas dengan buku felt ABC yang amik masa setahun ni buat tu cover dia memang berbulu lah tapi bahagian dalam elok je felt tu tahan. Sampai sekarang pon ade lagi sihat walafiat buku tu whereas buku-buku Alif yang lain banyak dah yang koyak segala..hahaha..  kertas kan.. felt ni nak koyakkan pon takleh..quiet book for kids - back cover page

Untuk back cover pon sama juga pakai PVC sheet, mak kena la sign sikit kan kat belakang tu.. hehe.. gambar bawah ni overview of pages yang ada dalam Quiet book ni.quiet book for kids - inside pages

And lastly kat bawah ni tiba-tiba mak mengada nak letak video pulak kan.. jadinya video bawah ni just nak tunjuk pages tu jugak. Silalah tengok ye. Maaf lah kalau pening tengok sebab bergerak-gerak camera nya.. Nanti nak beli mende alah pemegang handphone tu lah. Boleh la nanti buat tutorial ke pe pulak..hahaha.. macam-macam la benda aku nak buat kan.

Panjang pulak menceceh..enjoy the video ye..

My own Handmade Fauxdori

It’s been a while since aku BERNIAT nak berplanner-planner ni..hihihi.. Niat di hati tu of course lah nak improve sikit discipline diri ni..so start dulu from task level je.. Task management. Hari-hari buat TO-DO list and try to complete it all dalam hari tu..before this ade jugak buat..pakai post-it notes je..memula ok gak lah..then macam slowly ke lauttt juge..hahaha.. So far it’s been almost 3 weeks aku start berplanner ni. So far so good.

Memula tu takde la macam ade specific planner in mind ke pe..tapi macam ingat nak carik freebies kat internet je..tapinyaaa tetibe, tak ingat sape ntah dok share satu video ni kat FB, and ntah kenapanya aku pegi tengok..terus la macam..haaa..nak macam tuuu… hahaha..gedik tak gediknya..nak dipendekkan cerita akhirnya aku berjaya siapkan my own handmade fauxdori planner saya. Pakai kertas sajeeee…

my faux paper dori

Boleh la kan..hahaha..jimat punya pasal..mahal wooo aku tengok mende alah planner ni.. kat bawah ni gambar dalam dia..normally for fauxdori ni  (yang original punye called midori traveller’s notebook) macam ade diorang buat dashboard bagai.. tapi aku belum ade lagi..dah ade dah idea nak buat camne. Poket transparent tu aku beli kat Daiso je..untuk simpan stickers etc untuk konon2 nak deco pages kasi comel-comel gituuu.. tapi takde la comel mana pon kaannnn…my faux paper dori - inside

One reason kenapa aku terpikat ngan planner jenis ni sebab macam tengok diorang dok deco2 cantik nyaaaa… So far ade banyak gak brand yang glemer macam filofax, kikki k la ape la bagai..masing2 macam style lain2..yang Midori ni..which my fauxdori inspired from dia cuma pakai elastics je bind inserts segala tu. And inserts tu pon boleh buat sendiri juga. Kat Etsy banyak aku tengok jual pdf template for inserts ni, tapi harganya boleh tahan gak la kalau convert ke RM..lagi2 lah dengan keadaan Ringgit sekarang ni kan.. kalau nak personalize tambah lagi duit..hahaha.. Jadinya aku pon buat je la sendiri and fully personalized untuk kegunaan aku.

Gigih yang gedik gak la kan..hahaha.. nak jugak tu.. Meh tengok ape inserts yang aku letak dalam fauxdori saya ni..

First insert dalam planner aku ni untuk Personal Details. Ade pages for personal info, life goal, wish list, fav thing, love ones, and password log.my faux paper dori - personal insert

For monthly and weekly planner aku buat undated je. Senang tak yah buat banyak2 kali kang.. dalam satu insert aku letak 3 months worth of pages. Month at a glance page untuk letak tarikh2 penting, macam birthday ke appointment doctor ke public holidays ke pe ke..then weekly pages untuk daily tasks and what to achieve untuk minggu tu. No daily planner for me..it’s too much..hahahaha..saya tak mampu..my faux paper dori - monthly/weekly insert

Ini plak insert untuk Project Planner saya. Contoh macam project ‘Quiet Book Azri’, project ‘2014 review photobook’ and etc..my faux paper dori - project planner insert

And sebagai blogger picisan, nak jugak lah ade blog post ideas planner ni.. hahaha..my faux paper dori - blogpost ideas insert

yang ni pulak insert untuk party planner. Kegunaan untuk setahun sekali kot..hahahaa..print sekali bule guna few years.. selalunya party birthday bebudak ni je lah pon.. InsyaAllah tahun depan ingat nak buat kat rumah sendiri pulak..nak cuba-cuba host makan-makan sendiri kat rumah sendiri. Sebelum ni samada kat rumah PIL or rumah mak pak aku kat Kajang or kat tadika je.. tengok lah macam mana..kot kesampaian niat aku tu..hihihi.. 😀my faux paper dori - party planner insert

Ade lagi satu insert sebenarnya..untuk conteng-conteng je..for random thought, doodles, ape2 je lah..tak plak amik gambo..tapi aku just buat grid pages je..

Hehehe..mak still excited ngan planner ni..baru nak belajar-belajar macam mana nak deco sikit2..gi memana sebok carik stickers and washi tapes memurah and comel-come..hahhaa..

Okay lah..tu je lah celoteh saya untuk post kali ni..

Incoming search terms:

  • buat planner sendiri murah (2)
  • kat mana beli insert planner (1)

Make your own Alif Ba Ta Flashcard Tutorial (with Free Printable)

Hi and assalamualaikum,

Dah lama actually nak post pasal tutorial on making your own Alif Ba Ta flashcard ni. Before this ada dah aku buat post pasal macam mana nak buat flash card Alif ba ta sendiri ni kat post: [How to] Make your own Alif-Ba-Ta Mini Flash Card but this time macam ala-ala upgrade la version 2 gitu. hehehe. The one before pon ok je lagi kalau nak ikut and the template pon still available for download. But as mentioned in the title yang sebelum ni ‘mini size’ je. For this one I made it bigger.

See how En. Azri kita ngan Alif Ba Ta flash card ni in action..hehehe..

alifbata-flashcard-tutorial

So let us start our tutorial to make this Alif-Ba-Ta flash card. First thing first is to gather all the materials, letak depan mata supaya nanti tak stress cari barang tak jumpe..hahaha.. The basic materials and tools that you need are:

  • The printed pages of Alif-Ba-Ta rainbow flash card. ( You can refer to this post for download instruction, or if you want the Alif-ba-ta yang berbaris atas, I’ll give you the download link at the end of this tutorial. 🙂 . Aku print atas manila card A4 size je. Murah sikit beli kat Czip Lee, Kajang hari tu.. tapi kalau nak pakai Art Card tebal pon ok gak. Asalkan tebal ok kot. Art Card yang gsm dia 200 above gituu.. )
  • Adhesive book wrapper. (Mende alah ni macam sticker transparent yang besoo..ade jenis bertexture bagai but I prefer the clear type)
  • Gunting
  • Credit card ke or membership card ke pe. ( Aku pakai kad membership Toys R Us :p)
  • Optional: Rounded corner cutter, cutting mat, pembaris besi and round cutter cap ayam.

make your own alif ba ta flash card tutorial

Step 2: Lepas semua barang dah ade. Boleh la gunting flash cards kita.

Step 3: Peel one side of the sticker and susun our flash cards cantik-cantik atas tu.

Step 4: Then peel lagi satu side and carefully lekatkan kat atas flash cards tu so that the 2 sides of the sticker melekat kat depan belakang cards tu. Use the credit/membership card to smooth the surface and remove air bubbles. Dah siap tu your flash cards will look like in the picture on step 5.free printable alif ba ta flash card

Step 6: Use whatever tools you like to cut the plastic wrapper. Memula aku macam nak pakai pisau tu tapi macam pakai gunting lagi senang. hahaha..

Step 7: It is safer for babies and kid to make sure that there are no sharp corners on the card. So you can do it manually with scissor je, belasah la asalkan tak tajam or you can use rounded corner cutter macam dalam gambar tu. My new favorite tool..baru je beli hari tu..dah lama mengidam..hahaha.. :p So hasilnya jadilah macam kat step 8 tu..

Then ulang lah semua steps tu sampai la habis semua flash card kita…lepas tu SIAP! dan dah boleh bagi kat anak2 kita supaya diorang boleh gigit2 sepah2 then kita pon kena kemas setiap 12 minit..yeay! 😀 hahaha..

Owh..ye kan..sebelum aku lupa..the FREE printable, untuk flash card huruf hijaiyah berbaris atas tu kan. Boleh download kat link bawah ni.

DOWNLOAD LINK HERE: https://app.box.com/s/grnyldhnd5ff9msb5pjkcykfom8guo1l

Special Note: Template untuk alif ba ta berbaris atas ni aku buat dia supaya kalau korang print depan belakang ngan template Alif Ba Ta rainbow tu dia akan match. Meaning Alif Rainbow and Alif baris atas akan duduk depan belakang. So kalau nak print satu set for each template boleh or nak buat depan belakang sekali pon bule..But careful time print tu..aku pon tatau la printer aku weng ke pe tapi top margin macam lari sket..ade a few pages je yang elok..hahaha..tapinya mak tak rajin nak print balik..kertas limited and ink cartridge pon mahal.. (T _ T) huuuu..contoh yangn tak menjadi macam dalam gambar bawah ni..

alifbata-flashcard-tutorial-04

Ok lah..harap korang buat lagi cun dari hasil yang aku buat ni..hahaha…Kalau korang dah buat nanti share la jugak ye ngan aku. Nak gak tengok..hehehhe..and kalau korang rasa post ni berguna, please spread the word and share this post too kay.. Mana la tau kot ade lagi sesape nak buat gak Alif Ba Ta flash card ni untuk anak-anak diorang..hehehe..

p.s: My Free printable is strictly for PERSONAL USE only ye.. Jangan buat meniaga pulak..hahaha..

Incoming search terms:

  • print out alif ba ta (1)
  • cara membuat flashcard hijaiyah sendiri (1)
  • diy flash card alif ba ta (1)
  • diy flashcard hijaiyah (1)
  • diy hijaiyah (1)