Category Archives: Azri

Rest in Peace En. Robot

RIP en. Robot tenet..tenet.. Ni antara toy Azri yang awal-awal la juga masa kecil. Sampai hati Azri rendam dia dalam baldi. (-_-);

Aku masuk je toilet, terus nampak en robot berendam dalam air. Mungkinkah Azri nak suruh en. Robot mandi? Hahaha.. Walaupon begitu en. Robot masih tersenyum sambil kenyit mata lagi. Hehe..RIP -robot

Sebelum tu ada je dia bawa yang mainan action figure dia mandi sama. Dah itu takde lampu bunyi segala kan. Aku biarkan je lah dia bawa.

Dah yang ini.. Selamat lah. Takde dah la bunyi ‘tenet tenet’ lagi dah. Huuu..

 

Azri Potong Rambut

azri-potong-rambut

Mak’s Salon dah dibuka semula setelah lama tertutup. Mihmihmih. Buka pon sehari je. Hahaha.

Dah panjang sangat rambut Azri ni. Tu yang rasa macam dah patut dipotong. Kalau nak pergi kedai tu dah la mahal, kena pula kalau yang jenis tukang gunting tak pandai handle gunting rambut budak memang tak semenggah jadinya. Dah kena dulu dengan Alif. Memang buruk wei orang tu potong. Dah la mahal lak tu. RM 20 kot kena masa tu. Memang tak berbaloi langsung. Jadinya, sebagai langkah penjimatan, mak je la yang potong. Hahaha.

Walaupon mak ni amatur je dalam bab potong rambut ni, tapi OK laaaa.. Takde la teruk sangat. Hahaha. Cuba tengok gambar selepas potong ni.azri -rambut selepas

Amacam? Hensem tak? Hahaha. Ok la kannn?? Free of charge je.

Bawah ni pula gambar rambut dia sebelum potong ni. Saja buat kenangan. Ni mau makan bulan juga la kan nak bagi rambut dia panjang balik.

azri - rambut sebelum

Dan dengan rasminya Mak’s Salon tutup semula. Hahahaha. Tunggu dah panjang sok baru buka balik. Mihmihmih..

 

Project ‘Nomochen’

Ape tu project ‘Nomochen’? In short, it’s just a fancy name for project weaning Azri from Breastfeeding..hahaha.. so far progress adalah amat memberangsangkan. InsyaAllah tak lama lagi dah takde dah ‘chen’ kot..macam sehari sekali je for the past 2-3 days. Hari ni macam belum lagi mintak ‘chen’ ni..hehehe..

Nak gak cerita pasal asalnya istilah ‘nomochen’ tu..hehehe..al-kisah..masa Azri dok BF ni selalunya lepas sebelah dah siap nak tukar lagi sebelah aku akan cakap kat dia ‘change,change’ sebab kadang dia tanak tukar..pastu ntah camne dia macam dok associate perkataan ‘change’ tu dengan BF..so everytime nak BF dia akan cakap ‘chen’ gitu..so melekat lah perkataan ‘chen’ tu sampai skang ni. ‘Mak nak chen’ kata Azri..

So disebabkan nak bagi dia berenti ni..lagipon dah nak 2 tahun dah kan..esok tuuu.. Aku macam hari2 pesan la kat dia ‘Nanti dah 2 tahun, no more chen ye’..selalunya respond dia mesti mcm berdengus ala2 marah gitu..hahaha..sayu pon ade hati mak ni..tapi letih pon ade gak..hahaha..but then sekarang ni aku mcm on medication walaupon it is said to be ok untuk BF ni but macam ntah lah..so dah 2 tahun ni better la berenti je..heehe..sekarang ni pon Azri banyak minum ‘shushu moo’ dah..kalau dia mintak ‘chen’ pon aku offer susu moo (fresh milk) dia cam ok..cuma ade time dia terbangun tengah malam dalam pukul 4 pagi gitu dia memang takde ampun punya nangis kalau tak bagi..huu…

Kadang-kadang out of the blue dia cakap ngan aku ‘nomochen’ heheh..sayu je bunyi…sekali dua siap aku dok nyanyi2 lagi lagu ‘nomochen’. Just sebut ‘nomochen’ ngan melodi lagu ‘jingle bell’..gelak gak dia..hahaha..

Apa yang aku buat untuk berentikan Azri breastfeed ni takde la apa sangat pon. Just hari-hari ingatkan dia nanti dah 2 years old ‘no more chen’. Kalau dia mintak first thing try offer dia makan dulu ke..biskut ke ape ke..or offer shushu moo.. Kadang dia ok je..dari dok picit-picit tu..sambil baring atas lap mak dia terus turun lari nak ke peti ais sebut ‘shushu mooo’ tu kira berjaya la tu.. kalau tak berjaya..cakap kat dia..’chen basi’ hahaha..iii..ekk… kalau still tak jalan..bagi je lah..sambil bagi pesanan penaja nomochen kat dia, cakap good boy, dah besar bla..bla..bla..malu chen..etc..etc..

Kadang-kadang ada dalam sehari tu rasa macam asik dok mintak je..and da start dia nak nangis-nangis bagai memang ade masa aku biarkan je..buat hati batu je tak bagi kat dia. Kesian pon ade gak..sayu pon ye gak..huuu..tapinya kalau diikutkan karang bilenya nak berenti kang..bertabah je lah.. sorry ye Azri..huu.. tapi so far yang aku perasan tips mujarab ialah bagi dia makan kenyang-kenyang..insyaAllah takde la dia mintak chen..kalau mintak pon takde la bersungguh mana..ala-ala cuba nasib je..hahaaha..

Nampaknya perjalanan BF aku and Azri dah pon nak sampai ke hujungnya.. Awalnya memang seksa gak lah..it’s not easy..ngan susu tak cukup.. latching tak betul, then kisah aku tak dapat BF Azri seminggu gak lah..sehari je sekali time melawat..which lead to susu drop teruk..then alhamdulillah..susu ok balik..and sampai lah ke hari ni..

Sayu plak hati aku dok type pasal ni..huuu.. Okay lah.. Itu je yang nak aku cerita. Hehehe..

dak nomochen

P.S: Thank you Allah for giving me the chance to BF my son, and thanks Azri my dak nomochen. Hehehe..

Azri’s vocab at 1 year 6 months young

Kejap je rasanya tetibe anak bujang saya yang no. 2 ni dah pon setahun setengah rupanya.

azri1y6m-babytalk

Alhamdulillah, he’s healthy, cheeky, adventurous and membesar bagai johan. Hahaha. So berbalik kepada tajuk hari ni vocab Azri si budak 1 tahun 6 bulan ni.

Dulu dia suka cakap ‘eee aaaa!’ Hahaha comel gile. Tapi sekarang macam dah kurang pulak dengar. Ruginya tak sempat nak record. Huu. But so far ape yang Azri macam dah tau sebut and mak paham ape yang dia maksudkan:

  • Mak and ayah
  • Abam – abang
  • Hi and bye
  • Kummm – assalamualaikum la tu kot. Selalu cakap depan pintu.
  • Kak – buka
  • Mammam – makan
  • Jin – change (nak tukar side time bf)
  • Mot – remote (nampak beno asik tgk tv je kejanya kot ^_^;)
  • Cat or buat bunyi meow – kucing la kan..hehehe..
  • Dog or buat woof woof
  • choo choo – bile nampak train on books ke tv ke..

For now macam tu je yang aku ingat skang ni. Hahaha. Kalau ade lagi nanti edit balik. 😀