Category Archives: Alif

Alif Darjah 2

Time sure fly super fast. Faster than the speed of light I’m sure. Anak bujang aku dah pon darjah 2. Makin bam-bam gitu. Hahaha. Alhamdulillah dia sihat walafiat.

alif darjah 2

Persediaan tahun ni takde la excited sangat mak nya. Sebab dah 2nd year sekolah gamaknya. Mihmihmih. Kami shopping beli barangan sekolah dia pon masa cuti New Year 1 January tu. Cuma beli uniform dan kasut serta stokin baru je. Beg masih pakai yang lama. Pensel semua banyak lagi stock mak dari tahun lepas.

Tahun depan kena shopping awal-awal sikit. Peringat untuk mak. Hahaha..banyak saiz yang dah habis, susah juga la nak cari. Kebanyakan tempat tinggal yang saiz paling kecik dan saiz yang palinggg besar.

Berterih gak la mak kena alter pendekkan seluar dan jahit badge untuk dua-dua uniform sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Memang ada segala tutorial yang pakai gam-gam and iron bagai tu. Tapi ntah lah, rasa macam tak berapa nak yakin pula. Satgi dah jadi kerja pula nak kena buat balik, jadinya mak jahit jugak.

darjah 2 - jahit lencana

Alif biasa la dia, seronok masuk kelas jumpa kawan lama dan kawan baru.

Alkisah nak dijadikan cerita selepas 2 minggu mula sesi baru persekolahan, boleh pula kena tukar ke kelas 2 Cekal. Masa register katanya dia turun kelas 2 Tekun. In a way sepatutnya mesti la mak happy kan dah anak masuk kelas 1st. Tapi nya dah jadi kerja mak pula nak kena tukar balik segala nama kelas kat buku-buku dia tu. Dah la buku aktiviti dan buku tulis tu dah berbalut nama kelas pula bertulis atas buku. Memang mak tepek je la sticker atas tu. Gigih sangat kalau nak buka pembalut tukar nama pastu balut balik. Type pon dah rasa letih. Hahahahaha.

Kata cikgunya ada kesalahan teknikal. Alif memang sepatutnya di kelas 2 Cekal.

Baru je ingat masuk 2 Tekun senang nak dapat masuk Top 10. Hahahaha. Kena la Alif usaha lebih kalau nak masuk Top 10 kelas Cekal ni. Kalau lah kannn.

Tapi alhamdulillah rasanya dari segi pelajaran Alif ni bagus je. Cuma bab homework memang susah sikit lah. Dia tak suka homework. Hahaha. So far aku ngan Anas takde lah push dia sangat. Buat-buat relaks gitu. Hahaha.

alif-darjah-2

Karipuff pon karipuff lah anak oiii. Hahaha.

Sekian celoteh Mak Beba kali ni.

Tadika ABS Graduation Day

alif-grad-tadika abs

Alhamdulillah. Tuan Muda Alif kita dah pon Graduate. Hahahaha. Siap ade jubah bagai lagi tu budak-budak sekarang grad tadika. Bergaya. hahaha..

Ada aku dengar-dengar cerita tahun sebelumnya macam grand juga majlis, cuma tahun ni entah kenapa ntah kurang pulak grand nya. Hahahaha..takde la rezeki Alif kot nak grad tadika grand-grand gitu. Tapi yang penting dia happy je tengoknya.

Last minute dalam 3 hari sebelum majlis ni tetiba cikgu request, katanya kalau boleh nak suruh Alif buat persembahan story telling. Bila cakap kat Alif dia pon macam happy and excited je nak bercerita. So kitorang just randomly pilih cerita and suruh Alif practice. Cerita ‘Tortoise and Hare’ je. Kejap je dia dapat. Dia tau cerita tu and tak berapa rigid dalam penceritaan dia. Tak scripted pon. Pepandai la dia bercerita. Hahaha.

Tapi masa the actual day tu aku rasa ada gak dia nervous kot. Keras je aku tengok dia atas pentas tu. Hahaha..tapi memang kalau banding ngan aku memang hebat gila la kan Si Alif ni. Aku mana berani bercakap sorang-sorang atas pentas..hahahaha..kecut perut Mak. Mihmihmih. Ni bakat dari ayahnya lah ni.

alif-grad-tadika

So good luck lah Alif. Lepas ni dah masuk darjah 1..hahaha..takleh lah nak ponteng selalu-selalu..hahahaahahhaa.. (pesanan kepada mak dan ayahnya… :p)

Chef Alif memasak..

Actually this was an unplanned activity for Alif, sebelum ni memang ada gak niat nak ajak dia masak-masak mende simple. So nak dijadikan cerita, few days ago on 6 oct haritu macam petang-petang dok lapo..malas plak tu nak buat ape-ape yang renyah ni..hahaha.. so tengok-tengok dalam tempat makanan macam ade sikit lagi roti. Jadinya mokcik decided to make egg toast je ngan cheese.  And tetibe macam terasa nak ajak Alif buat sekali..

Tadaaa..

aktiviti memasak dengan anak

Itu lah hasilnya. Aku tolong sikit je, bab pasangkan api letak minyak dalam pan. Pastu bagi instruction and demo lah sikit mana perlu. Bagi kat Alif crack the egg habis la separuh telur tu tumpah ke bawah je..huu..nasib la cukup je nak salut semua roti tu..hehehe..aktiviti dengan anak

Okay la for a first timer. Budak laki lak tu..hahahaa.. Aku dulu kecik-kecik mana reti masuk dapur..hahahaa..main masak-masak kat tepi longkang je potong-potong memacam jenis bunga-bunga warna warni mak aku..hahaha..lepas dah kahwin baru lah dok belajar nak buat gulai segala mak nenek makanan ni…hohoho…

p.s: Next activity for Alif, nak ajak buat Kek coklat microwave pulak.. 😀

Sukan tadika terakhir untuk Alif di Tadika ABS

Last lah ni sukan tadika for Alif..lepas ni dah masuk primary school.. heheh.. Perghhh.. tak sangka oiii.. besar dah anak aku.. lepas ni it’s going to be a whole new adventure for me and Alif too of course.. no more ponteng-ponteng, no more berlama-lamaan di Kajang ( T_T ) huuuu..

Okay enough about that..jadinya on 9th august haritu tadika Alif, Tadika ABS Kota Kinabalu buat acara sukan tahunan. Since Tadika ABS ni baru sangat lagi kat Sabah ni kat KK ade 2 je branches. Kat tadika Alif ni and kat Kinarut lagi satu. Kinarut tu ntah2 dah masuk daerah Papar ke aku pon tatau..hahaha..tapi tu je la yang terdekat. Ade jugak satu kat Beaufort and lagi satu kat Tawau kalau tak silap aku.

Dah la tu tadika Alif ade la dalam 20 orang students je kot..hahaha..jadinya sukan hari tu diorang gabungkan Tadika ABS KK and Kinarut, then Akademi Al-Quran ABS pon join skali..so ramai la gak. Event ni buat kat Gelanggang Futsal Yayasan Sabah.

sukan tadika ABS 2015

 

Banyak gak la acara sukaneka dia, antaranya baling tutup botol air mineral ke paper plate, kena bawak rubberband pakai straw besooo and then kena pass rubberband tu kat team member. Pastu mcm parents or sesape je la wakil kena angkat budak ke station and budak kena isi air dalam botol, then ape ek.. owh..balik bola kecik masuk dalam bakul..last skali acara individu, main rebut kerusi..

Team Alif JUARA! Yeay! Dapat lah diorang hamper..hehehe..and setelah habis semua nombor dipanggil last skali dapatlah kitorang hadiah untuk cabutan bertuah..hahaha..

Azri pula memang happy habis lah berlari-lari kat dalam court tu. Nasib baik jugak lah tukar venue. Sebelum tu plan nya nak buat kat pantai teluk likas tu..camne la agaknya nak contained bebudak ni kat open space gitu.. hehehehe…

sukan tadika ABS di gelanggang futsal yayasan sabah